Harga Haiwan Korban

Senarai Kadar Harga Haiwan Korban Tahun 2020

  • Info

Bagi yang ingin menjalankan ibadah korban, pasti anda sudah mula mencari meneliti harga bagi seekor atau beberapa ekor haiwan korban yang ingin disembelih pada Hari Raya Aidil Adha nanti.

Artikel ini akan membantu dalam menerangkan beberapa soalan yang sering ditanya dan juga mengenai senarai harga haiwan korban untuk tahun 2020.

Ciri-ciri Haiwan Korban

Walaupun terdapat perbezaan pendapat dalam jantina haiwan yang lebih baik disembelih, kita haruslah mengikut pendapat syarak.

Dalam mazhab Imam Syafie, haiwan jantan adalah lebih baik untuk disembelih berbanding haiwan betina. Namun, kedua- duanya boleh disembelih sebagai korban. Wallahua’lam.

Bagi yang tidak berkemampuan untuk menyembelih lembu atau kambing, mereka disunatkan untuk menyembelih haiwan seperti ayam, burung, itik, dan lain lain.

Walaubagaimanapun, kita haruslah ingat bahawa haiwan tertentu sahaja seperti yang telah ditentukan syarak adalah wajib untuk dikorbankan dan tidak diberi pilihan untuk yang lain.

Ini adalah supaya kita dapat ganjaran yang terbaik dijanjikan Allah SWT.

Umur Haiwan Korban

Jika haiwan yang ingin dijadikan korban itu merupakan lembu, ianya hendaklah berumur lebih dua tahun dan tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta, dan tidak bunting.

Jika haiwan yang ingin dikorbankan ialah kambing, cukup umurnya mengikut ketentuan syarak.

Daging haiwan yang di sembelih ini mestilah diagih-agihkan pada Hari Raya Aidil Adha.

Adakah Haiwan Cacat Boleh Dikorbankan?

Seperti yang telah disebut di atas, haiwan cacat adalah dilarang untuk disembelih bagi ibadah korban. Haiwan yang ingin disembelih hendaklah sihat dan tidak cacat.

Di antara kecacatan pada haiwan yang akan menyebabkan tidak sah ibadah korban ialah:

  • Tempang termasuk kakinya terpotong
  • Buta sebelah mata dan jelas butanya
  • Sakit dan jelas seperti berkudis atau yang akan merosakkan kualiti dagingnya
  • Kurus dan tidak mempunyai daging

Oleh itu, sebaik-baik haiwan untuk hendak dikorbankan haruslah gemuk dan tidak mempunyai kecacatan.

Di antara kecacatan haiwan yang dimakruhkan untuk disembelih untuk ibadah korban adalah:

  • Sebahagian atau seluruh telinganya terpotong
  • Tanduk haiwan tersebut pecah atau patah
  • Ekornya terputus atau seangkatan dengannya
  • Giginya lompong atau gigi depan haiwan tersebut tanggal
  • Air susu yang sudah kering

Senarai Harga Haiwan Korban 2020

Harga bagi 1 bahagian lembu adalah serendah RM610 manakala bagi seekor lembu pula bermula dari RM4,000 bergantung kepada gred yang bermula dari 180kg hingga 500kg.

Bagi Gred C di mana berat lembu adalah antara 200kg hingga 240kg, harganya bermula daripada RM4,000.

Manakala bagi Gred B yang berat antara 250kg hingga 280kg, harganya bermula dari RM4,500. 

Bagi lembu bergred A dengan berat di antara 350kg hingga 500kg, harganya bermula dari RM6,500.

Bagi yang berminat dengan kambing biri biri pula, harga boleh bermula dari RM950.

Senarai Harga Haiwan Korban Luar 2020

Bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban di luar negara seperti di Kemboja, harga satu bahagian lembu adalah dalam lingkungan RM350.

Manakala bagi seekor kambing pula, harganya adalah dalam lingkungan RM580.

Sebagai kesimpulan, hukum ibadah korban pada Hari Raya Aidil Adha ini adalah sunat mu’akad di mana ianya adalah sangat dituntut bagi umat Islam yang berkemampuan.

Oleh itu, hendaklah kita berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah ini untuk mengejar keredhaan-Nya.

Bagi yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan ini untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian.

Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com

Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan.

Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah korban tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja & Pengerusi Program.

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut:

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350 / 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami