Al Ameen

11 Sebab Kenapa Perlu Pilih Korban Aqiqah Al Ameen Ke Kemboja (Testimoni)

Nak mencari servis korban dan aqiqah ke Kemboja memang banyak. Tetapi, di sini kami akan memberitahu anda 11 sebab kenapa masih ramai yang memilih Al Ameen untuk korban dan aqiqah.

Ini sebabnya..

#1 Pemudah Ibadah

“Pemudah cara dalam beribadah” – Tuan Mohammad Nawawi

Istilah Ibadah dalam Islam memberi makna kepada pelbagai maksud dan berpandukan pada hal berikut:

Yakin kepada tuhan yang disembah atau yang ditujukan ibadah, malah dipatuhi, ditaati dan memperhambakan diri kepada agama Islam.

Firman Allah SWT:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku” (Adz-Dzaariyaat:56)

Dari segi syara’ atau maknanya, ibadah memberi maksud taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Ibadah merupakan satu cara pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

Umat Islam haruslah mengikuti suruhan dan meninggalkan larangan mengikut apa yang digariskan dalam panduan Islam. 

Menurut Imam at-Thabari, ibadah adalah ketundukan kepada Alllah dengan menjalankan ketaatan dan merendahkan diri kepada-Nya dengan kepasrahan.

Korban Aqiqah adalah satu pemudah cara ibadah untuk umat islam yang mahu menyumbang kepada golongan yang memerlukan. Lebih-lebih lagi kepada umat Islam miskin lain, seperti di Kemboja. 

Bantuan yang diberikan, bukan setakat pemberian daging korban dan aqiqah, tetapi juga program wakaf untuk golongan ini menghadapi hidup seharian dengan lebih mudah.

#2 Testimoni

Biasanya, testimoni dikumpul untuk mengetahui maklum balas mengenai sesuatu produk atau servis yang diberikan. Al Ameen juga begitu.

Respon para peserta akan ditanya untuk membuat penambah baikan. Ini merupakan satu cara kami menghargai setiap peserta.

Jika anda mahu baca testimoni yang lain, boleh cuba klik di sini.

#3 Telus

Setiap peserta yang mendapatkan servis daripada Al Ameen memberikan maklum balas yang positif.

Antaranya mereka memberikan kata bahawa Korban Aqiqah telus dalam servis yang dijalankan.

Setiap perjalanan aktiviti korban, aqiqah dan wakaf sentiasa dikemaskini untuk para peserta lihat. 

#4 Pantas

“Mendapat maklumbalas segera setiap kemusykilan” – Cik Puan Norbaiyah

Layanan yang diberikan kepada bakal peserta atau peserta sedia ada juga mesra dan pantas.

#5 Program Berpanjangan

“.. program percuma yang ditawarkan oleh syarikat Al-Ameen untuk peserta program aqiqah dari masa ke semasa walaupun telah selesai program ibadah aqiqah yang saya sertai tersebut” – Tuan Mohd Siraj

Walaupun para peserta sudah selesai dengan program yang telah dilaksanakan, Al Ameen memberikan para peserta program tambahan secara percuma untuk disertai.

#6 Sijil

“Sijil-sijil juga diberi yang mana meyakinkan saya” – Cik Puan Noraini

Setiap peserta Korban Aqiqah akan diberikan Sijil Perlaksanaan lengkap dengan tarikh, dan tempat ibadah dan aqiqah yang disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja dan Pengerusi Program.

Tidak lupa juga, setiap peserta juga akan diberikan bukti bergambar untuk setiap aktiviti yang telah dijalankan.

#7 Layanan Mesra

“..pengalaman kedua orang tua saya, staff Al-Ameen melayan mereka umpama ibu bapa mereka sendiri, umpama keluarga” – Cik Puan Sarah Salleh

Al Ameen adalah medium yang memudahkan sesiapa sahaja untuk berurusan dan beribadah bersama. 

Kami menerima banyak testimoni yang diterima berkaitan dengan servis yang diberikan, dan  ramai yang berpuas hati. 

#8 Kos Terendah

“Murah & Yakin” – Cik Puan Siti Aisyah

Jika dilihat pada harga servis lain ataupun korban untuk dalam negara, Al Ameen menawarkan harga yang lebih rendah berbanding yang lain.

Kini dengan kami, semua mampu hantar sedikit bantuan kepada golongan yang memerlukan di Kemboja.

#9 Proses Perbankan Atau Transaksi Mudah

“Semudah 1 2 3,cepat urusannya, boleh dipercayai dan semua urusan transaksi adalah sah dan maklumbalas yang cepat” – Tuan Anuar Ruzaini

Transaksi online Al Ameen memudahkan para peserta untuk terus menyumbangkan wang mereka tanpa perlu ke kaunter secara fizikal.

Malah dengan transaksi online peserta juga akan menjimat masa tanpa mereka perlu keluar ke rumah.

Transaksi yang pantas dan boleh disahkan dengan cepat antara sebab mereka memilih Al Ameen.

#10 Sentiasa Ada Kemaskini

“Ada feedback selepas program, ada laporan tahunan serta kemaskini info melalui emel”– Cik Puan Siti Aisyah

Bagi setiap peserta, mereka akan sentiasa peka dan diberitahu tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang program berlangsung.

Tanpa kemaskini yang teratur, peserta mungkin akan berasa ketinggalan dengan sebarang info yang ada.

Tidak hairanlah Korban Aqiqah sentiasa komited bukan sahaja dalam memberikan servis terbaik, tetapi juga untuk sentiasa memberikan para peserta tahu akan program yang bakal dijalankan.

#11 Promosi

Info dari kawan2 yang recommend” – Tuan Ros Izzat

Ramai bekas peserta yang telah berkongsi bahawa Al Ameen adalah tempat untuk korban ke Kemboja yang paling baik servisnya.

Jadi tidak hairan jika ramai mula mempromosikan servis ini kepada kenalan.

Dalam pada itu, Al Ameen tidak hanya dipromosikan melalui kenalan. Tetapi Al Ameen juga dipromosikan menggunakan flyers, laman web dan lain-lain. 

Mengapa? 

Ini kerana Korban Aqiqah memang satu servis yang boleh diketahui semua yang berhajat untuk menyumbang kepada masyarakat Islam.

++++++++++++++++++++++++++++

mekah ditutup

Bagi yang berminat untuk melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba, Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan ini untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah korban tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja & Pengerusi Program.

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut:

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350 / 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Search