Sop Korban Pkpp

SOP Lengkap Pelaksanaan Ibadah Korban Semasa PKPP

  • Info

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kebenaran untuk menyambut Hari Raya Korban pada tempoh hari.

Namun, rakyat Malaysia yang menyambutnya perlu mematuhi SOP yang telah dikeluarkan demi keselamatan dan tidak merisikokan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Negeri Selangor adalah antara negeri yang telah diberikan kebenaran untuk melaksanakan ibadah korban. Untuk lebih maklumat, artikel ini menyediakan garis panduan yang lengkap.

SOP Lengkap Pelaksanaan Ibadah Korban PKPP

Seperti yang telah disebut sebelum ini, mereka yang ingin menyambut haruslah mematuhi SOP yang telah dikeluarkan. Antaranya ialah:

1. Kawalan Teras

sop korban pkpp

Mereka yang terlibat hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dan mengemukakan Kertas Cadangan Pematuhan Pelaksanaan Ibadah Korban kepada Pejabat Agama Islam Daerah(PAID).

Pematuhan garis panduan kepada juga hendaklah disertakan bersama untuk dikemukakan kepada PAID.

Antara perkara yang perlu disertakan ialah:

  • Senarai petugas yang lengkap
  • Tarikh untuk pelaksanaan
  • Anggaran dan jenis haiwan korban
  • Pelan lokasi tempat penyembelihan
  • Pelan susun atur tempat penyembelihan
  • Kaedah pengagihan daging
  • Perincian aktiviti memasak daging
  • Langkah langkah keselamatan yang akan diambil

Ibadah korban di Negeri Selangor boleh dilaksanakan di masjid negeri, masjid daerah, masjid diraja, masjid naik taraf, masjid institusi, dan masjid masjid kariah dalam zon hijau.

Walaubagaimanapun, hendaklah diingati bahawa ibadah korban tidak dibenarkan dilakukan di mana mana surau atau dilaksanakan oleh bukan warganegara dan badan berkanun.

Agensi swasta serta institusi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga adalah tidak dibenarkan.

Oleh itu adalah diharapkan untuk orang ramai termasuk jemaah surau yang dari kalangan warganegara untuk melaksanakan korban di kawasan kawasan masjid yang dibenarkan.

Antara syarat kelayakan petugas ialah:

  • Warganegara berumur 21 hingga 60 tahun
  • Tidak bergejala dan mempunyai penyakit kronik
  • Tidak berada dalam keadaan uzur (bertongkat/ berkerusi roda)
  • Suhu badan tidak melebihi 37.4 C
  • Bukan dari kalangan yang dalam tempoh kuarantin

Para peserta juga mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seperti:

  • Tidak digalakkan membuat aqiqah menggunakan haiwan lain atau sebahagian dari mana mana 7 bahagian korban
  • Mengesahkan penyertaan dan akad pembelian haiwan korban yang dibuat semasa pembayaran online
  • Tidak dibenarkan untuk berada di kawasan pelaksanaan korban melainkan menjadi sebahagian dari petugas

2. Kawalan Lokal

Selain itu, beberapa langkah juga perlu diambil dari segi kawalan lokal sebagai langkah keselamatan seperti:

  • Mempunyai penetapan akses keluar masuk bagi petugas
  • Menetapkan had sempadan untuk menghalang orang awam ke tempat pelaksanaan
  • Para petugas mestilah melepasi semakan dari Pusat Kesihatan Daerah
sop korban pkpp
  • Para petugas juga hendaklah mendaftar kehadiran, memakai topeng muka, apron, sarung tangan dan hand sanitizer
  • Para petugas juga dilarang dari memasuki dewan solat utama

3. Kawalan Pelaksanaan

Beberapa langkah juga perlu diambil sebagai kawalan pelaksanaan seperti mengadakan taklimat khas kepada nazir masjid dan melantik sukarelawan untuk memastikan kelancaran.

Proses promosi, pendaftaran, dan akad ibadah korban juga perlu dibuat atas talian. Sesi pemilihan haiwan hendaklah tidak melebihi 3 orang dan bilangan petugas juga perlu dihadkan.

Bagi haiwan korban seperti lembu, kerbau, dan unta hendaklah tidak melebihi 40 orang untuk 10 ekor dalam sehari. Manakala, seekor kambing pula tidak melebihi 2 orang dan 10 ekor sehari.

Mereka yang terlibat juga mestilah mematuhi SOP Korban PKPP untuk penjarakan yang sepatutnya iaitu dari 15 hingga ke 30 kaki bergantung kepada SOP yang telah ditetapkan.

Penetapan unjuran aktiviti penyembelihan juga hendaklah mengikuti hari hari tasyrik iaitu 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Jamuan bagi para petugas hendaklah disediakan oleh caterer.

SOP Korban PKPP juga telah menetapkan memasak bahagian daging adalah tidak dibenarkan melainkan tempat penyediaan jamuan adalah berasingan dan berjarak 20 meter dari tempat korban dan petugas tidak lebih 10 orang.

Jawatankuasa juga boleh melantik petugas khas atau melakukan kaedah pandu lalu untuk mengagihkan daging kepada mereka yang sepatutnya.

Sesudah pelaksanaan, tapak itu juga perlulah dibersihkan dan melupuskan sisa pepejal dan cecair haiwan korban. Proses nyahkuman juga perlu dijalankan di kawasan tersebut.

4. Kapasiti Kehadiran Orang

Seperti yang dijelaskan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, setiap kawasan yang ingin melaksanakan ibadah korban perlu patuhi kapasiti kehadiran.

Had kapasiti yang dibenarkan adalah seramai 250 orang dan hanya 30 orang petugas bagi seekor lembu iaitu dari proses menumbangkan, menyembelih, melapah, dan pembahagian.

5. Setiap Negeri Harus Mengikut Arahan Jabatan Agama Masing-Masing

Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), syarat tempat yang diumumkan adalah bagi Wilayah Persekutuan.

Manakala bagi negeri lain, terpulang kepada Majlis Agama Islam di negeri masing masing namun SOP yang telah disediakan boleh dirujuk bagi pihak pihak ini.

Bagi negeri Kedah, pelaksanaan ibadah korban adalah dibenarkan dengan mengikuti SOP yang ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).

Antara yang disebut ialah boleh melibatkan minimum 8 orang asalkan mematuhi jarak sosial namun sebarang jenis majlis jamuan atau kenduri adalah tidak dibenarkan pada waktu ini.

Manakala bagi Negeri Sembilan pula adalah tidak dibenarkan untuk menyembelih sendiri ternakan seperti kebiasaan dan perlu menghantar ke pusat penyembelihan yang diiktiraf.

Ini kerana apabila dilakukan secara sendiri, berkumpulan, atau di masjid boleh mengakibatkan masalah kerana wujudnya aktiviti berkumpulan.

Orang ramai boleh menghantar haiwan terbabit ke 4 pusat penyembelihan milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan 7 milik swasta (yang beroperasi) di seluruh negeri tersebut.

Perkara ini adalah diarahkan sedemikian bukan untuk menyusahkan, namun demi keselamatan yang perlu sentiasa diutamakan pada masa kini.

SOP Korban PKPP yang lengkap dan terbaharu boleh dirujuk pada laman sosial Majlis Keselamatan Negara.

sop korban pkpp

Secara kesimpulannya, ibadah korban masih boleh dilakukan walaupun agak berbeza di antara negeri. Ini semua adalah demi kebaikan bersama dalam membanteras virus Covid 19.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuat turun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

sop korban pkpp

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah korban tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja & Pengerusi Program

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut:

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350 / 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Search