Makanan Sunnah

8 Makanan Sunnah Yang Anda Boleh Amalkan

  • Info

Cara pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan satu cara yang patut dicontohi. Pemakanan yang diambil oleh Rasulullah SAW sangatlah mementingkan kesihatan.

Dalam al-Quran juga ada menyatakan bahawa makanlah makanan yang halal dan janganlah mengambil makanan yang sudah dilarang oleh agama.

Apabila berada dalam keadaan darurat sahaja barulah dibenarkan untuk mengambil apa sahaja makanan yang ada dihadapan kita untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

Amalan pemakanan yang salah boleh mendorong kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, setiap individu perlu tahu apa yang mereka ambil atau mereka perlukan dalam badan.

Dalam artikel ini anda akan tahu apa itu makanan Sunnah dan 8 makanan Sunnah yang anda boleh amalkan.

Makanan Sunnah

Apa itu Sunnah? Sunnah ini merupakan hadis atau sirah yang diriwayatkan atau diceritakan berkait dengan Rasulullah SAW. Sunnah ini berkenaan perlakuan mahupun perkataan yang dilakukan atau disebut oleh baginda.

Sunnah ini sememangnya diikuti oleh masyarakat Islam. Ia menjadi tunjang utama dalam kehidupan seharian mereka. 

Apabila masuk ke bahagian makanan. Banyak makanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Makanan yang dimakan oleh Rasulullah itulah yang dinamakan makanan Sunnah.

Manakala, makanan yang tidak itu tidak dinamakan makanan Sunnah. Kita tidak dipaksa untuk makan makanan Sunnah, tetapi untuk kebaikan badan, kita digalakkan makannya.

Zaman kini, ramai individu yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. 

Banyak makanan yang sihat dan berkhasiat yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Antaranya ialah kurma, susu, buah timun, madu,  buah delima dan banyak lagi.

Banyak lagi makanan yang boleh diamalkan oleh kita semua. 

8 Makanan Sunnah

Berikut merupakan cadangan makanan yang anda boleh amalkan. Anda boleh amalkan makanan Sunnah yang lain. Ini hanyalah cadangan kepada anda semua. 

  1. Madu 

Madu merupakan makanan yang mengandungi banyak zat yang baik untuk badan. Madu ini merupakan makanan yang dihasilkan oleh lebah. 

Antara komponen yang dapat membawa kebaikan kepada badan ialah enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin. Pinocembrin ialah bahan antioksida yang dapat membantu fungsi otak. 

Madu bukan sahaja makanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, malah madu juga sering disebut dalam al-Quran.

Madu ini juga telah disebut sebagai antara penawar untuk pelbagai peyakit. Perkara ini telah tersebut dalam al-Quran.

  1. Kurma 

Kurma semamangnya tidak asing lagi kepada umat Islam. Setiap kali tibanya bulan Ramadan, kurma dijadikan sebagai pembuka selera untuk berbuka puasa.

Buah kurma ini memiliki banyak kebaikan. Kurma memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang baik untuk fungsi badan. 

Selain itu, buah kurma ini juga telah menjadi salah satu makanan yang dapat menggantikan makanan diet. Ini menunjukkan bahawa kurma ini membawa banyak faedah.

Kurma juga dapat menguatkan tenaga batin, tulang, mengawal berat badan dan juga dapat menjadi pengawal untuk sistem saraf.

Buah kurma sesuai untuk semua lapisan masyarakat termasuk bagi golongan wanita yang mengandung.

  1. Buah Tin

Buah tin juga ada disebutkan dalam al-Quran. Ini menunjukkan betapa petingnya buah tin ini kepada umat Islam. 

Kenapa buah tin ini disebutkan dalam al-Quran? Buah tin ini mengandungi kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi. Buah tin ini seakan-akan buah kurma. 

Apabila kandungan yang ada dalam buah tin ini lengkap dan sempurna, maka badan kita dapat berfungsi dengan keadaan yang optimum.

  1. Habatus Sauda

Habatus sauda ini juga makanan yang tidak asing lagi daripada umat Islam. Kebayakkan umat Islam mengamalkan habatus sauda ini dalam makanan harian meraka. 

Habatus sauda ini terkenal dengan kebolehannya kepada sistem imunisasi badan dan juga dapat melawan penyakit dalam badan. 

  1. Air Zam-Zam

Air zam-zam ini juga tidak asing lagi daripada umat Islam. Hal ini dikatakan air ini dapat mengubatkan pelbagai jenis penyakit dengan izin Allah.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan”.

Air zam-zam ini bukan sahaja boleh diminum, malah boleh juga dijadikan sebagai air wuduk. 

Air zam-zam ini tidak boleh dibuang di buang merata-rata sebagai menghormati kesuciannya. 

  1. Buah Delima
makanan sunnah

Buah delima ini juga banyak disebut dalam al-Quran. Ini menunjukkan bahawa buah delima ini sangat penting kepada umat Islam.

Buah delima ini mengandungi antioksida yang dapat membantu daripada sakit jantung dan mampu mengembalikan tekanan darah pada paras yang normal.

  1. Susu Kambing 
makanan sunnah

Kambing ini tidak asing juga bagi agama Islam kerana Rasulullah SAW merupakan seorang pengembala kambing. Ini menunjukkan bahawa kambing memberi manfaat kepada masyarakat.

Susu kambing ini dapat membantu mana-mana individu yang mengalami masalah asma, reumatik, demam kuning, imsomnia dan menguatkan tulang.

Menurut kajian, susu kambing ini adalah lebih baik daripada susu lembu dan seakan-akan menyamai kebaikan susu ibu.

  1. Barli 

Barli ini juga pernah diamalkan oleh Rasululah SAW. Baginda menjadikan barli sebagai sup dan berikan kepada orang demam.

Kebaikan barli adalah untuk memberi kesejukkan kepada badan. Barli juga dapat mengurangkan kolestrol, melancarkan proses membuang air kecil dan membantu memulihkan masalah sembelit.

Kseimpulannya, banyak makanan Sunnah yang boleh diamalkan orang semua orang. Dalam artikel hanya memaparkan beberapa jenis sahaja.

Banyak lagi makanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda.

Apa yang lebih penting ialah mengamalkan makanan yang halal dan sihat. Makanan yang tidak membawa kemudaratan kepada tubuh badan.

Semua individu juga digalakkan untuk mengawal pengambilan makanan supaya memperoleh kebaikan daripada makanan yang diambil. 

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilak ukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search