Solat Sunat Witir Header Korban Akikah

Solat Sunat Witir: Amalan Yang Anda Wajar Lakukan Setiap Malam

  • Info

Tahukah anda, solat sunat witir ini bukan sahaja boleh dilakukan pada bulan Ramadan, malah boleh juga dilakukan pada bulan-bulan lain dan pada hari-hari biasa?

Solat sunat witir adalah solat atau sembahyang yang akan dilakukan selepas melakukan solat fardhu isyak. Apa yang dimaksudkan dengan witir ialah ganjil.

Solat sunat ini merupakan solat sunat muakkad. Sunat muakkad ini bermaksud digalakkan untuk melakukan sesuatu amalan tersebut dalam Islam.

Maksud Solat Witir

Solat sunat witir ini merupakan salah satu amalan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Solat sunat ini juga telah disebut dalam hadis yang mana bukti solat ini diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Sebagaimana yang kita tahu, solat sunat ini dijadikan sebagai solat penutup. Solat penutup ini merujuk kepada penutup kerja amalan yang kita lakukan.

Solat sunat ini sering dilakukan pada bulan Ramadan, iaitu solat ini dilaksanakan sejurus selesai solat sunat terawih. Kebiasaannya solat sunat ini dilaksanakan sebanyak 3 rakaat.

Solat ini dilakukan sebelum tidur dan juga selepas menunaikan solat tahajjud atau qiamullail pada tengah malam.

Kelebihan Solat Witir

Solat sunat witir yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sememang dapat memberi kelebihan kepada umat Islam yang turut mengamalkannya.

  1. Disukai Oleh Allah SWT

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli al-Quran.”

  • Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

Apa yang kita dapat fahami dimana Allah SWT menyukai mana-mana hambaNya yang menunaikan solat sunat ini. Ini bersesuaian dengan Allah itu satu.

  1. Dicatat Pahala Orang Syahid

Mana-mana umat Islam yang tidak meninggalkan solat dhuha, berpuasa tiga hari dan juga tidak meninggalkan solat sunat ini, maka dicatat kepadanya pahala orang syahid.

Sabda Rasulullah SAW ini menunjukkan bahawa solat sunat ini adalah sama besar pahalanya dengan pahala orang syahid. Jadi, tidakkah ia menjadi satu kerugian kepada kita wahai umat Islam.

  1. Menjadi Simbolik Kepada Umat Islam

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita!”.

  • Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Apa yang kita dapat fahami melalui sabda Rasulullah SAW ini, solat sunat ini dapat menjadikan kita sebagai umat Islam yang sebenar.

Jadi amalkanlah solat sunat ini kerana ini mampu menunjukkan keperibadian kita sebagai seorang umat Islam.

Waktu Melakukan Solat Witir

Banyak waktu yang boleh digunakan untuk melaksanakan solat sunat witir ini. Antaranya ialah:

  1. Sebolehnya dilakukan pada waktu malam dan pada akhir solat malam.
  2. Boleh dilakukan sama ada sebelum ataupun selepas solat sunat rawatib ba’diyah isyak.
  3. Selepas solat isyak.
  4. Boleh dilakukan sebelum mahupun sesudah bangun daripada tidur.
  5. Tidak sah sekiranya dilakukan sebelum solat isyak.
  6. Perlu selesai dilakukan sebelum tiba waktu subuh.

Berikut merupakan waktu yang dibolehkan dan juga waktu yang tidak boleh digunakan untuk solat sunat ini. Jadikan ini sebagai panduan untuk menunaikan amalan.

Cara Menunaikan Solat Witir

Solat sunat witir ini dapat dilakukan dengan satu salam untuk setiap 2 rakaat dan ditambah dengan 1 rakaat disertakan salam.

  • Satu rakaat – 1 kali rakaat sahaja.
  • Tiga rakaat – 1 kali dua rakaat, ditambah 1 lagi rakaat secara berasingan.
  • Lima rakaat – 2 kali dua rakaat, ditambah 1 lagi rakaat secara berasingan.
  • Tujuh rakaat – 3 kali dua rakaat, ditambah 1 lagi rakaat secara berasingan.
  • Sembilan rakaat – 4 kali dua rakaat, ditambah 1 lagi rakaat secara berasingan.

Berikut merupakan cara pembahagian rakaat untuk solat sunat.

Dua Rakaat Pertama:

  1. Niat sembahyang witir dua rakaat.
  2. Baca al-Fatihah dan mana-mana surah (rakaat pertama)
  3. Baca al-Fatihah dan mana-mana surah (rakaat kedua).
  4. Selesai untuk dua rakaat.

Niat Solat Sunat Witir (Dua Rakaat)

Usolli sunnatal Witri, raka’ataini makmuman Lillahi Ta’ala.

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Witir, dua rakaat, menjadi makmum, kerana Allah Ta’ala”

Satu Rakaat Terakhir:

  1. Niat sembahyang witir satu rakaat.
  2. Baca al-Fatihah dan baca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.
  3. Selesai untuk satu rakaat.

Niat Solat Sunat Witir (Satu Rakaat)

Usolli sunnatal Witri, raka’atin makmuman Lillahi Ta’ala.

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Witir, satu rakaat, menjadi makmum, kerana Allah Ta’ala”.

Kesimpulannya, Allah SWT telah menyediakan pahala yang besar kepada hambaNya yang berjaya menunaikan solat sunat ini.

Dengan melakukan amalan sunat ini, kita sebagai umat Islam dapat menjadikan pahala solat sunat ini sebagai tiket untuk ke syurga.

Janganlah mudah melepaskan peluang yang sudah tersedia.

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilak ukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami