Solat Sunat Taubat

Ketahui Syarat-Syarat Solat Sunat Taubat Dan Cara Lengkap Melaksanakannya

  • Info

Solat sunat taubat merupakan satu ibadah yang dilaksanakan oleh umat Islam. Ibadah ini menandakan bahawa seseorang umat Islam yang telah menyesal atas perbuatannya.

Solat sunat ini juga merupakan salah satu rahmat yang diberikan oleh Allah SWT yang menginginkan hambaNya kembali ke jalan yang benar.

Dengan melakukan solat sunat ini, ia menunjukkan bahawa seorang umat itu menyesali dengan perkara dan dosanya.

Perkataan taubat dalam bahasa arab membawa maksud kembali kepada Allah dengan sebenar-benar kembali. Jadi solat ini digalakkan untuk dilaksanakan oleh umat Islam.

Jadi dalam artikel ini, anda akan mengetahui bagaimana hendak melaksanakan solat sunat ini.

Apa Itu Solat Sunat Taubat Dan Apakah Syarat-Syaratnya?

Islamic Prayer Beads, Made of 925 sterling silver tesbih, 8 mm tasbih, 33  beads | eBay

Solat sunat taubat ini merupakan satu ibadah sunat yang sangat digalakkan dalam Islam kepada penganutnya. Meskipun ibadah sunat, tetapi kesan kepada diri amatlah besar.

Solat sunat ini dilakukan adalah untuk menyatakan kekesalan seseorang umat Islam terhadap dosa-dosa yang pernah dilakukannya.

Dengan melakukan solat sunat ini, umat Islam dapat kembali kepada ajaran Islam yang betul. Ini menunjukkan yang mereka ini amat menyesali dosa dan maksiat yang pernah dilakukan.

Tidak dapat dinafikan, sebagai seorang manusia, dosa tidak dapat dielakkan. Tetapi dengan melakukan solat sunat ini menunjukkan yang kita menyesali melakukan perbuatan tersebut.

Individu yang berbuat salah adalah individu yang baik apabila dengan segera bertaubat kepada Allah.

Dalam melaksanakan solat sunat ini, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti. Antaranya:

  1. Benar-Benar Menyesali Kesalahan

Berikut merupakan perkara yang sangat penting sekiranya ingin melakukan solat sunat taubat. Seseorang itu hendaklah benar-benar menyesali perebuatannya yang lepas.

Menyesali dengan perbuatan dosa ini adalah untuk menunjukkan keikhlasan diri yang hendak kembali ke jalan benar kepada Allah SWT.

  1. Tinggal Perbuatan Dosa Lampau

Setelah melakukan solat sunat ini, seseorang individu tersebut hendaklah berusaha dan berazam untuk meninggalkan perbuatan dosa yang lampau.

Perbuatan ini akan menunjukkan bahawa diri ini sememangnya ingin kembali ke jalan benar.

Sekiranya masih melakukan perbuatan dosa yang sama, teruskan melakukan solat sunat ini agar hati berubah untuk menjadi lebih baik.

  1. Usaha Tidak Mengulangi Dosa Sama

Usaha juga merupakan satu perkara yang akan dipandang oleh Allah SWT. Sebagai umat Islam yang hendak kembali ke jalan yang benar, jangan mudah berputus asa.

Jangan sesekali mudah terpedaya dengan hasutan jahat yang mendorong anda untuk melakukan perbuatan dosa yang lampau.

Berusaha dan terus berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik.

Waktu Solat Taubat

Breakthrough Therapy Designation Worth The Development Time-Crunch Experts  Say

Dalam melaksanakan solat sunat taubat ini, bleh dilakukan pada bila-bila masa atau waktu sahaja kecuali ada waktu atau keadaan yang tidak dibolehkan melakukan solat.

Walau bagaimanapun, solat sunat ini sebaiknya dilaksanakan pada 2/3 malam atau waktu melakukan Qiamullai. 

Solat ini juga boleh dilaksanakan sebaik sahaja individu merasakan ada dosa atau kesalahan yang telah dilakukan. Itu lebih baik.

Cara Menunaikannya

Setiap ibadah akan adanya tatatertibnya yang tersendiri. berikut merupakan cara atau tatatertib melakukan solat sunat taubat.

Solat sunat ini boleh dilakukan 2, 4 atau 6 rakaat. Berikut adalah menurut pandangan para ahli ulama.

Lafaz Niat Solat Sunat Taubat

Sahaja aku menunaikan solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah ta’ala

Rakaat Pertama

  • Niat terlebih dahulu dan disusuli dengan takbiratul ihram.
  • Mulakan dengan bacaan doa iftitah.
  • Seterusnya bacaan al-Fatihah.
  • Diteruskan lagi dengan membaca surah al-Kafirun.
  • Teruskan dengan lakuan seperti solat biasa.

Rakaat Kedua

  • Mula dengan lafaz takbir intiqalat.
  • Teruskan dengan membaca surah al-Fatihah.
  • Diteruskan lagi dengan membaca surah al-Ikhlas.
  • Teruskan lakuan seperti solat biasa hingga sujud terakhir.
  • Semasa berada pada sujud terakhir, baca:

ا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksud: Tiada tuhan selain Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk daripada golongan orang-orang zalim.

  • Setelah selesai memberi salam, teruskan lagi dengan istighfar. Penuhkan hati dengan rasa kekesalan terhadap dosa yang telah dilakukan.
  • Teruskan dengan berdoa dengan sepenuh hati meminta keampunan kepada Allah SWT.

Setiap manusia sememangnya tidak dapat menghindari diri daripada melakukan dosa. Namun, kita haruslah berusaha meninggalkan segala larangan Allah SWT.

Lakukanlah solat sunat taubat selalu sekiranya hati berasa bersalah terhadap dosa yang dilakukan. Allah SWT menyukai hambaNya yang sentiasa bertaubat kepada Nya.

Tiada apa-apa halangan untuk kita berubah melainkan diri kita sendiri. Tekadkan hati untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Antara servis yang kami tawarkan adalah seperti berikut:

Wakaf Perigi

Bantuan pembinaan perigi untuk penduduk Kemboja yang tiada bekalan air berpaip.

Wakaf Tandas

Sumbangan pembinaan tandas untuk penduduk Kemboja yang mempunyai masalah sanitasi.

Wakaf Al-Quran 

Pengagihan Al-Quran kepada komuniti yang tidak mempunyai Al-Quran yang mencukupi.

Pakej Makanan

Sedekah Pakej Makanan kepada komuniti fakir miskin di Malaysia, Kemboja & Pattani.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilak ukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami