Doa Aqiqah

Doa Aqiqah Dalam Bahasa Arab Serta Makna Dalam Rumi

  • Info

Apakah doa dan bacaan semasa majlis aqiqah? Setiap majlis aqiqah tidak akan sempurna sekiranya tiada bacaan doa aqiqah.

Doa merupakan satu permintaan yang ditujukan kepada Allah. Jadi tidak hairanlah dalam setiap ibadah, ada beberapa doa yang boleh kita baca.

Berikut adalah bacaan doa aqiqah dalam bahasa Arab berserta tulisan ruminya.

Niat Aqiqah Atau Doa Aqiqah Sewaktu Menyembelih

Dalam melaksanakan satu ibadah, perkara pertama yang dilakukan adalah berniat.

Malah dengan berniat dan bertekad sahaja untuk melakukan ibadah aqiqah, individu tersebut pasti mendapat pahala. 

Apapun, inilah niat atau doa aqiqah sahih sewaktu menyembelih haiwan:

بِسْمِ اللهِ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُمَّ مِنْكَ وَلَكَ ، هَذِهِ عَقِيقَةُ فُلاَن

Bismillah Allahu Akbar Allaahumma minka wa laka, haadzihi ‘aqiiqotu fulaan 

(Dengan Nama Allah, Allah adalah Yang Terbesar, Ya Allah ini dariMu dan untukMu. Ini adalah aqiqah fulaan)

*Tukarkan sebutan fulaan kepada nama anak yang diaqiqahkan. Ini juga doa aqiqah sendiri.

Hukum Membaca Bismillah Sahaja Tanpa Lafaz Niat 

Kadang kala sewaktu menyembelih haiwan, doa ini tidak sempat dibaca dan hanya membaca Bismillah sahaja.

Adakah ia masih sah?

Sudah tentu kerana Ibnul Mundzir ada mengatakan:

وإن نوى العقيقة ولم يتكلم به أجزأه إن شاء الله

“Jika dia berniat aqiqah dan tidak mengucapkannya, maka yang demikian sudah cukup baginya InsyaAllah.”

(Tuhfatul Mauduud fii Ahkaamil Mauluud (1/93)).

Doa Ketika Majlis Aqiqah

Ketika ingin memulakan majlis aqiqah anak lelaki atau anak perempuan anda, adalah lebih baik membaca doa-doa tertentu untuk memohon keberkatan.

Doa Ketika Mencukur Bayi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ أَللهم نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَنُوْرُالشَّمْسِ وَالْقَمَرِ, اللهم سِرُّ اللهِ نُوْرُ النُّبُوَّةِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Bismillâhirrahmânirrahîm. Alhamdulillâhirabbil ‘âlamîn. Allâhumma nûrus samâwâti wa nûrusy syamsyi wal qamari, Allâhumma sirruLlâhi nûrun nubuwwati RasuluLlâhi ShallaLlâhu ‘alaihi wasallam walhamduliLlâhi Rabbil ‘âlamin.

“Dengan menyebut asma Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Ya Allah, cahaya langit, matahari dan rembulan. Ya Allah, rahasia Allah, cahaya kenabian, Rasululullah SAW, dan segala puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.”

Bacaan Doa Meniup Ubun-Ubun Bayi Setelah Dicukur

Setelah ubun-ubun bayi dicukur, bacakan doa aqiqah potong rambut ini pada ubun-ubun kepala bayi:

اللَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Allâhumma innî u’îdzuhâ bika wa dzurriyyatahâ minasy syaithânir rajîm

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan untuk dia dan keluarganya dari syaitan yang terkutuk.”

Bacaan Doa Walimah Aqiqah

Sewaktu majlis aqiqah, anda juga boleh mendoakan untuk anak anda dan memohon keberkatan semasa majlis.

اللهم احْفَظْهُ مِنْ شَرِّالْجِنِّ وَالْإِنْسِ وَأُمِّ الصِّبْيَانِ وَمِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَالْعِصْيَانِ وَاحْرِسْهُ بِحَضَانَتِكَ وَكَفَالَتِكَ الْمَحْمُوْدَةِ وَبِدَوَامِ عِنَايَتِكَ وَرِعَايَتِكَ أَلنَّافِذَةِ نُقَدِّمُ بِهَا عَلَى الْقِيَامِ بِمَا كَلَّفْتَنَا مِنْ حُقُوْقِ رُبُوْبِيَّتِكَ الْكَرِيْمَةِ نَدَبْتَنَا إِلَيْهِ فِيْمَا بَيْنَنَا وَبَيْنَ خَلْقِكَ مِنْ مَكَارِمِ الْأَخْلَاقِ وَأَطْيَبُ مَا فَضَّلْتَنَا مِنَ الْأَرْزَاقِ اللهم اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ وَأَهْلِ الْخَيْرِ وَأَهْلِ الْقُرْآنِ وَلَا تَجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ أَهْلِ الشَّرِ وَالضَّيْرِ وَ الظُّلْمِ وَالطُّغْيَانِ

Allâhummahfadzhu min syarril jinni wal insi wa ummish shibyâni wa min jamî’is sayyiâti wal ‘ishyâni wahrishu bihadlânatika wa kafâlatika al-mahmûdati wa bidawâmi ‘inâyatika wa ri’âyatika an-nafîdzati nuqaddimu bihâ ‘alal qiyâmi bimâ kalaftanâ min huqûqi rububiyyâtika al-karîmati nadabtanâ ilaihi fîmâ bainanâ wa baina khalqika min makârimil akhlâqi wa athyabu mâ fadldlaltanâ minal arzâqi. Allâhummaj’alnâ wa iyyâhum min ahlil ‘ilmi wa ahlil khairi wa ahlil qur`âni wa lâ taj’alnâ wa iyyâhum min ahlisy syarri wadl dloiri wadz dzolami wath thughyâni.

“Ya Allah, jagalah dia (bayi) dari kejelekan jin, manusia ummi shibyan, serta segala kejelekan dan maksiat. Jagalah dia dengan penjagaan dan tanggungan-Mu yang terpuji, dengan perawatan dan perlindunganmu yang lestari. Dengan hal tersebut aku mampu melaksanakan apa yang Kau bebankan padaku, dari hak-hak ketuhanan yang mulia. Hiasi dia dengan apa yang ada diantara kami dan makhluk-Mu, yakni akhlak mulia dan anugerah yang paling indah. Ya Allah, jadikan kami dan mereka sebagai ahli ilmu, ahli kebaikan, dan ahli Al-Qur’an. Jangan kau jadikan kami dan mereka sebagai ahli kejelekan, keburukan, aniaya, dan tercela.”

Kesimpulan

Mendahului setiap perbuatan dan pekerjaan dengan membaca doa adalah dianjurkan kerana ianya bukan sahaja senjata orang Mukmin, bahkan ianya amalan baik yang patut dipupuk oleh ibu bapa kepada anak sejak bayi lagi.

Dengan mengamalkan doa-doa aqiqah ini, diharapkan majlis aqiqah yang dijalankan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Sekiranya anda sedang mencari perkhidmatan aqiqah, Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. bersedia boleh membantu anda.

Tidak kiralah aqiqah untuk anak anda, mahupun orang lain, Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bh akan memastikan proses aqiqah anda akan menjadi lancar.

Anda juga tidak perlu risau memikirkan SOP yang perlu dipatuhi untuk mengadakan majlis aqiqah semasa PKPP ini kerana aqiqah anda akan dijalankan sepenuhnya di Kemboja.

Dengan harga serendah RM375.00 untuk 1 bahagian lembu dan RM595.00 untuk seekor kambing, anda bukan sahaja melakukan aqiqah malah dapat membantu umat Islam di Kemboja yang berada di dalam kesusahan.

Malah anda boleh buat pendaftaran dan pembayaran online. Semudah 1,2,3 urusan anda akan selesai.

Pembayaran Ibadah Aqiqah Secara Online

Anda boleh melakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut.

Step 1: Pergi ke Borang Aqiqah

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu RM375 / 1 ekor kambing RM595)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah aqiqah

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Search