Wakaf Online

Kelebihan Sumbangan Wakaf Online Untuk Wakaf Tandas Al Ameen Holdings Sdn Bhd

  • Info

Bagi anda yang ingin menjadi pewakaf, kini terdapat pelbagai kaedah untuk melakukan sumbangan wakaf online. Salah satu kaedahnya ialah dengan program wakaf tandas di Kemboja anjuran Al Ameen Holdings Sdn Bhd.

Berikut adalah beberapa info menarik berkaitan program tersebut.

Apakah Program Wakaf Tandas Anjuran  Al Ameen Holdings Sdn Bhd?

Ia adalah program pembinaan tandas yang dilaksanakan di komuniti Muslim Kemboja.

Pembinaan wakaf tandas dilaksanakan oleh pihak Al Ameen di atas tanah yang diwakafkan oleh pemilik tanah untuk kegunaan sendiri mahupun orang lain. 

Kenapa Perlu Melaksanakan Wakaf Tandas?

Terdapat 2 sebab utama:

  1. Kurangnya kefahaman tentang konsep taharah menyebabkan sukar pihak kerajaan Kemboja yang bukan Islam di sana membantu mereka.

Walaupun Kemboja masih mempunyai kawasan tanah yang luas jika dibandingkan dengan bilangan penduduk, namun pembinaan tanah yang sempurna tidak diberikan keutamaan kepada masyarat Islam di sana.

Penduduk-penduduk yang tinggal di tepi sungai dan tebing-tebing sungai menjadikan dataran tandas terbuka untuk semua. Dalam konteks ini, wakaf tandas dibuat untuk meningkatkan tahap kebersihan Muslim Kemboja di sana.

  1. Pembinaan tandas memerlukan kos yang tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh keluarga yang miskin. Pihak Mufti Kemboja membuat anggaran bahawa hanya lebih kurang 20% sahaja rumah di kampung-kampung Islam yang mempunyai kemudahan tandas.

Kelebihan Melaksanakan Wakaf Tandas di Kemboja

  • Meningkatkan tahap kesihatan dan kebersihan

Sumbangan wakaf anda dapat membantu masyarakat Muslim Kemboja mendapat air yang bersih untuk mandi dan wuduk. Ini kerana negara Kemboja sering menghadapi masalah kemudahan air bersih

  • Sebagai alat untuk berdakwah kepada masyarakat bukan Islam

Dengan terjaganya kebersihan dan kesucian diri melalui wakaf tandas ini, ia dapat memberikan gambaran positif masyarakat Islam Kemboja di kaca mata orang bukan Islam di sana.

Sekarang pun umat Islam dipandang baik oleh pimpinan kerana rata-rata umat Islam bebas daripada masalah ketagihan arak dan perkara-perkara yang tidak baik.

  • Yuran penyertaan yang murah beserta pengurusan yang mudah dan diyakini ramai

Dengan hanya RM150 untuk satu bahagian wakaf tandas, anda sudah boleh menyertai wakaf ini. Sebuah tandas terdiri dengan tujuh bahagian wakaf tandas. Ini bermakna sebuah tandas wakaf keseluruhannya bernilai RM1050. 

Dengan disokong pula oleh sistem pengurusan Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd yang kemas dan berpengalaman lebih 20 tahun mengurus amal jariah di Kemboja, anda pasti yakin dengan penyertaan anda.

  • Anda akan menerima sijil pengesahan penyertaan 

Setiap peserta akan menerima sijil pengesahan penyertaan yang disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja dan pengerusi program.

Nama penerima wakaf tandas, tarikh mula dan tarikh siap pembinaan tandas serta nama kampung akan tertera pada sijil yang dihantar kepada setiap peserta.

Proses Pengurusan Wakaf Tandas Di Kemboja

  1. Pemilihan lokasi / tempat untuk pembinaan

Pihak Mufti Kemboja akan menetapkan dan membuat pemilihan lokasi untuk pembinaan tandas. 

Setiap lokasi akan bergantung kepada keperluan penduduk kampung. Kebiasaannya dalam satu kampung sebanyak 30 hingga 100 buah tandas akan dibina. Kesemua ketetapan dipersetujui setelah berbincang bersama wakil penduduk kampung.

  1. Penyerahan dokumen/sijil urus setia Kemboja kepada orang kampung yang terpilih

Apabila penetapan telah dibuat oleh Mufti, urusetia akan menyerahkan dokumen atau sijil kepada orang kampung yang mewakafkan tanah mereka untuk membina tandas.

  1. Melantik kontraktor untuk memulakan pembinaan

Pihak urusetia akan melantik kontraktor yang akan menguruskan dari mula pembinaan sehingga siap. 

Perbincangan dibuat antara kontraktor dalam penetapan berapa jumlah tandas boleh disiapkan dalam masa 1 hari ke 1 minggu.

  1. Pemantauan proses penyiapan tandas oleh urusetia

Urusetia akan memantau setiap proses pembinaan daripada proses pertama menggali lubang serta sehingga siap pembinaan. 

Sebarang permasalahan semasa proses pembinaan akan dimaklumkan oleh kontraktor dan diuruskan oleh urusetia supaya tandas yang dibina boleh bertahan lama.

  1. Penyediaan laporan dan mengambil gambar

Urusetia akan pengesahan tentang penyiapan tandas serta mengambil gambar-gambar tandas yang telah siap dibina.

  1. Menyerahkan laporan dan gambar kepada urusetia Malaysia

Urusetia Kemboja akan menyerahkan laporan dan gambar kepada urusetia Malaysia secara berperingkat-peringkat mengikut kepada pengesahan mengenai tandas yang sudah disiapkan.

Sumbangan Wakaf Online Untuk Wakaf Tandas Al Ameen

Anda boleh membuat sumbangan untuk wakaf tandas dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:

Step 1: Pilih e-Wakaf Tandas pada link di laman utama

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’ di laman Makluman Penyertaan Wakaf Tandas

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta dan jumlah bahagian (1 bahagian: RM150, sebuah tandas wakaf bersamaan dengan 7 bahagian penyertaan)

Step 4: Pilih cara pembayaran; kad kredit, Maybank2u, bank-bank lain, pos, faks atau tunai

Step 5: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran wakaf

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Search