Peristiwa Haji

3 Peristiwa Haji Di Mekah Yang Perlu Kita Ingati

  • Info

Apabila hampirnya kita menyambut Hari Raya Haji atau Aidiladha, adalah afdal untuk kita menyelusuri sejarah dan peristiwa haji yang penting di dalam sejarah Islam.

Terdapat banyak iktibar dan teladan yang kita boleh pelajari sebagai pedoman kita menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini.

Berikut adalah 3 peristiwa haji yang berlaku di Mekah untuk panduan kita bersama.

Percubaan Tentera Bergajah Abrahah Untuk Menyerang Kaabah

peristiwa haji

Pada tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W., terdapat satu peristiwa yang berlaku yang menglibatkan pasukan tentera bergajah.

Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Gajah dan ia berlaku pada awal bulan Muharram.

Kisahnya bermula dengan wakil Raja Habasyah di Yaman yang dikenali sebagai Abrahah mula memerhatikan terdapat ramai orang Arab yang datang ke Mekah pada setiap tahun.

Ini kerana orang-orang Arab sering ke Mekah untuk melakukan ibadah haji dan tawaf di Baitullah di Mekah.

Oleh kerana tidak mahu membiarkan hal ini berterusan, Abrahah mengambil keputusan untuk membina gereja yang bernama Al-Qulais yang besar dan mewah.  

Gereja ini telah dibina untuk mencabar Kaabah yang sering dikunjungi orang-orang Arab untuk menunaikan Haji.

Namun begitu, seorang lelaki dari Bani Kinanah mendapat tahu mengenai gereja ini.

Pada suatu malam, lelaki tersebut telah memasuki gereja itu dan melumuri dinding-dinding gereja tersebut dengan kotoran.

Berikutan mendengar khabar ini, Abrahah sangat marah lalu mengambil keputusan untuk menyerang Kaabah.

Abrahah telah mengumpul seramai 60,000 orang pasukan tentera dan beberapa ekor gajah untuk menyerang Kaabah.

Sepanjang perjalanan Abrahah dan tenteranya, tiada ancaman yang mereka hadapi kerana kekuatan tentera Abrahah tidak ada tandingannya.

Apabila mereka tiba di satu tempat bernama Al-Maghmas, mereka telah mengambil harta-harta orang Quraisy termasuk 200 ekor unta milik Abdul Mutalib.

Mendengar khabar ini, Abdul Mutalib selaku pemimpin masyarakat Quraisy bertemu dengan Abrahah.

Abdul Mutalib meminta Abrahah untuk memulangkan unta-unta miliknya semula.

Namun, Abrahah menjadi marah dan memberitahu Abdul Muttalib bahawa tujuannya datang ke Mekah adalah untuk menghancurkan Kaabah.

Abdul Mutalib memberi amaran kepada Abrahah bahawa urusan mengenai Kaabah adalah di antara Abrahah dan Allah S.W.T.

Berikutan itu, orang-orang Quraisy mula mencari tempat perlindungan di kawasan pergunungan untuk mengelakkan pertembungan dengan Abrahah.

Selepas itu, Abrahah memimpin tenteranya untuk terus menuju ke Mekah namun mendapati seekor gajah milik mereka bernama Mahmud berhenti berjalan ke arah Mekah.

Setelah dipaksa dan dipukul, gajah ini masih tidak mahu berjalan ke Mekah. Namun, apabila diarah menuju tempat lain, gajah ini tidak menolak.

Tidak lama kemudian, datang sekumpulan burung Ababil membawa batu-batu di paruh mereka.

Apabila batu-batu tersebut terkena tentera-tentera, mereka terus menjadi binasa.

Kisah ini dirakam oleh Allah di dalam Surah Al-Fil:

“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) daripada tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).” (Surah Al-Fil: 105: 1-5).

Siti Hajar Mencari Air di Safa dan Marwah

Ini merupakan kisah yang sering didengari oleh umat Islam sejak zaman berzaman. Peristiwa haji yang menjadi satu ibadah umat lain.

Ia mengisahkan tentang Nabi Ismail A.S yang kehausan diselamatkan oleh ibunya Siti Hajar.

Nabi Ibrahim yang merupakan suami kepada Siti Hajar dan bapa kepada Nabi Ismail telah menerima wahyu Allah untuk ke Mekah.

Namun, Nabi Ibrahim meninggalkan anak dan isterinya di tempat lembah pasir, bukit-bakau dan tiada sumber air.

Dengan penuh rasa hairan, Siti Hajar bertanya kepada Nabi Ibrahim sebabnya mereka harus ditinggalkan di sini.

Setelah beberapa soalan tidak dijawab, Siti Hajar bertanya sama ada ini merupakan perintah Allah lalu Nabi Ibrahim menjawab “Ya”.

Jawapan ini membuat Siti Hajar lebih tenang kerana percaya adanya hikmah.

Nabi Ibrahim kemudian meneruskan perjalanannya ke Mekah lalu meninggalkan anak dan isterinya dengan bekalan di tempat tersebut.

Tidak lama kemudian, Siti Hajar dan Nabi Ismail kehabisan sumber air. Siti Hajar telah berusaha untuk mencari air dari Bukit Safa hingga ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali.

Akhirnya, pada kali yang ketujuh yang juga merupakan kali terakhir, Siti Hajar terdengar satu suara ketika di Marwa.

Siti Hajar terkejut apabila mendapati suara itu sebenarnya suara air dari dalam tanah. Air ini dikenali sebagai air zam-zam.

 Khutbah Perpisahan di Arafah

Pada 9 Zulhijjah tahun ke-10 Hijrah, Rasulullah S.A.W menunaikan ibadah Haji yang kemudiannya dikenali sebagai Haji Wada’ atau dengan nama lain Haji Perpisahan.

Sewaktu baginda tiba di lembah Wadi Urana, baginda memberhentikan unta lalu menyampaikan khutbah kepada lebih seratus ribu orang yang ada di sana.

Peristiwa khutbah ini dikenali sebagai khutbah yang menggetarkan jiwa.

Umayyah bin Rabi’ah bin Khalaf yang merupakan sahabat baginda diminta untuk mengulang semula pesanan Rasulullah dengan suara yang kuat.

Hal ini kerana, supaya mereka yang jauh dari tempat Rasulullah akan dapat mendengar pesanan baginda.

Antara pesanan-pesanan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

  • Larangan membunuh manusia lain dan mengambil harta orang lain tanpa hak
  • Wajib meninggalkan tradisi jahiliyah
  • Berjaga-jaga dengan hasutan syaitan dan wajib menjaga agama.
  • Larangan mengharamkan yang dihalalkan dan sebaliknya.
  • Wajib memuliakan wanita (isteri)
  • Wajib berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-sunnah
  • Taat kepada pemimpin yang berpegang teguh pada Al-Quran
  • Wajib berbuat baik sesama manusia
  • Umat Islam bersaudara
  • Wajib menyampaikan khutbah Rasulullah S.A.W kepada orang lain.

Khutbah ini juga adalah amanat terakhir Rasulullah S.A.W di mana ianya memberikan isyarat bahawa tugas baginda sebagai utusan Allah telah selesai.

Kesimpulannya, peristiwa haji ini terdapat banyak pengajaran dan nilai kepada kita sebagi umat Islam.

Marilah sama-sama kita menghayati Hari Raya Haji dengan penuh iman dan taqwa kepada Allah S.W.T.

Hari Raya Korban dah semakin dekat. Sudahkan anda mendaftar untuk ibadah korban?

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui Whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan.

Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala seekor kambing pula ialah RM580. Syarikat mereka juga diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau ialah Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah korban tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja & Pengerusi Program.

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh melakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut.

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350/ 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Search