Pisau Korban

5 Fakta Menarik Tentang Pisau Korban

  • Info

Bila memperkatakan tentang penyembelihan haiwan korban, salah satu perkara penting yang kita perlu ketahui adalah penggunaan peralatan untuk sembelih.

Jika diperhatikan, penyembelih berpengalaman akan menggunakan pisau yang mempunyai ketajaman yang luar biasa supaya dapat menembusi kulit haiwan korban dengan betul.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang pisau korban yang kita boleh pelajari.

Sebelum itu, mari kita mengetahui beberapa perihal tentang penyembelihan haiwan korban.

Sembelih Ihsan Adalah Dengan Pisau Yang Tajam

Sewaktu hendak menyembelih binatang, pisau yang digunakan mesti tajam.

Hal ini kerana, pisau yang tumpul akan menyeksa binatang yang disembelih kerana susah memutuskan urat marihnya.

Perkara ini juga telah ditekankan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan (baik) dalam segala hal. Jika kalian membunuh maka bunuhlah dengan ihsan, jika kalian menyembelih, sembelihlah dengan ihsan. Hendaknya kalian mempertajam pisaunya dan menyenangkan sembelihannya.” (HR.Muslim).

Larangan Mengasah Pisau di Hadapan Haiwan Korban

Di antara adab korban yang perlu kita ketahui adalah adab dengan haiwan yang ingin disembelih.

Oleh sebab itu kita ditegah untuk mengasah pisau di hadapan haiwan korban untuk mengelakkan haiwan tersebut takut dan lari.

Hal ini adalah bersandarkan hadis Nabi dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk mengasah pisau, tanpa memperlihatkannya kepada haiwan.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah)

Jenis-Jenis Pisau Di Pasaran

Terdapat banyak jenis pisau yang boleh didapati di pasaran untuk tujuan menyembelih.

Straight Boning Knife

Pisau Korban

Pisau ini dicipta khas untuk memotong daging. Bentuknya tirus dan amat sesuai digunakan untuk memotong daging dari celahan tulang.

Selain daripada tujuan memotong daging, pisau ini kurang sesuai digunakan dalam melakukan tugas-tugas lain.

Terdapat dua jenis bentuk Boning Knife

Pertama, bentuk melengkung. Jenis melengkung ini sesuai digunakan untuk tugasan yang lebih sukar dan rumit.

Kedua, jenis bilah keras atau mudah lentur dan jenis ini sesuai digunakan untuk daging yang lebih lembut.

Boning Knife juga terdapat dalam 2 jenis panjang iaitu 5 inci dan 6 inci.

Di antara kedua-dua jenis Boning Knife ini, jenis yang paling popular adalah panjang bilang 6 inci. Namun ini bergantung kepada jenis kegunaan untuk setiap individu.

Bullnose Knife

Pisau Korban

Jenis pisau ini juga khas untuk menyembelih, memotong daging dan melapah kulit.

Panjang pisau 8 inci biasanya digunakan untuk menyembelih kambing atau biri-biri. Manakala pisau yang bersaiz 12 inci untuk lembu dan kerbau.

Honing Rod

Pisau Korban

Honing Rod ini digunakan untuk memastikan pisau sentiasa tajam.

Selain memastikan pisau sentiasa tajam, Honing Rod juga boleh digunakan untuk membuang lemak pada mata pisau.

Ini akan dapat memastikan agar pisau anda dapat memotong dengan lancar.

Harga Pisau Di Pasaran

Jadi, persoalannya sekarang, berapakah harga-harga pisau untuk sembelihan ini?

Untuk Boning Knife, anggaran harga pisau jenis yang panjangnya 6 inci dan berkualiti adalah sebanyak RM120.

Bullnose knife pula dianggarkan berharga RM200 untuk jenis yang 10 inci dan juga berkualiti.

Bagi Honing Rod pula, anggaran harga bagi yang 12 inci dan berkualiti adalah sekitar RM140.

Namun begitu, anda juga boleh mendapatkan pisau dengan harga yang berpatutan di kedai untuk tujuan korban.

Kesimpulannya, kita wajib memastikan pisau yang digunakan untuk menyembelih adalah tajam supaya mudah menyembelih haiwan dan mengelakkan haiwan terseksa.

Oleh itu, pastikan peralatan yang digunakan untuk menyembelih berada dalam keadaan yang terbaik.

Hari Raya Korban dah semakin dekat. Sudahkan anda mendaftar untuk ibadah korban?

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui Whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan.

Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala seekor kambing pula ialah RM580. Syarikat mereka juga diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau ialah Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah korban tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja & Pengerusi Program.

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh melakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut.

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350/ 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480