123

5 Sebab Untuk Melakukan Korban di Kemboja Hari Raya Aidil Adha Ini

Bila Hari Raya Haji atau Raya Aidil Adha menjelang, ibadah korban menjadi simbolik kepada perayaan ini.

Selain melakukan korban untuk ahli keluarga, sudah semakin ramai yang berkorban dengan niat untuk bersedekah kepada golongan memerlukan. 

Malah, makin ramai yang mula melakukan korban untuk saudara sesama Islam di luar negara, seperti di Kemboja.

Kalau nak tahu, ini adalah beberapa sebab mengapa Kemboja menjadi pilihan ramai umat Islam untuk berkorban di sana.

5 Sebab Untuk Buat Korban di Kemboja

Harga Yang Lebih Murah

korban kemboja

Berbanding dengan Malaysia, harga pasaran untuk satu bahagian korban di luar negara jauh lebih rendah.

Bukan sahaja harga untuk menunaikan korban mahal, kos sara hidup juga meningkat.

Ini seringkali merupakan alasan yang diberikan untuk mereka yang tidak melaksanakan ibadah korban disebabkan faktor kewangan.

Di Malaysia, harga 1 bahagian korban adalah di antara RM650-RM700 dan ada juga tempat yang mencecah RM750-RM800.

Berbanding dengan melakukan ibadah korban di Kemboja, harga korban lebih murah.

Untuk 1 bahagian lembu, anda perlu bayar hanya RM350.00 dan untuk 1 ekor kambing pula, RM580.00.

Terdapat dua sebab mengapa harga korban di luar negara lagi rendah.

Pertama, lembu yang dikorban merupakan lembu daripada negara-negara penternak lembu.

Di Malaysia pula, terdapat banyak lembu yang diimport. Oleh itu, harga di sini lebih mahal.

Kedua, faktor matawang asing. Berbanding dengan Kemboja, matawang Malaysia lebih bernilai. 

Membantu Saudara Islam Melayu

korban kemboja

Tahukah anda di Kampuchea, Kemboja terdapat penempatan minoriti orang Melayu?

Pada suatu ketika dahulu, orang Melayu mengasaskan Empayar Champa pada kurun ke-2 Masihi.

Empayar ini bertahan selama 1,643 tahun sehingga kejatuhannya pada awal abad ke-19.

Kini, terdapat lebih kurang 17,000 orang Muslim Melayu di Kampuchea.

Apa yang boleh dikatakan, golongan ini sudah semakin hilang identiti.

Golongan muda terutamanya kini tidak mahir bertutur bahasa Melayu dan budaya yang diamalkan pula adalah budaya setempat.

Jika anda melakukan ibadah korban di Kemboja, masyarakat ini yang bakal mendapat manfaat. 

Sebagai seorang Melayu Islam, anda juga boleh membantu saudara anda di sana.

Kemboja Merupakan Dunia Kelas Ketiga

korban kemboja

Selain ia dikelaskan sebagai dunia kelas ketiga, Kemboja juga merupakan salah satu negara termiskin di dunia.

Sebanyak satu pertiga rakyat di sana hidup dengan kurang dari RM4 sehari. 

Industri utama di Kemboja yang diusahakan oleh golongan-golongan miskin untuk menyara kehidupan di sana ialah pertanian. 

Walaubagaimanapun, terdapat juga industri-industri yang sedang naik seperti pelancongan.

Negara seperti Vietnam dan China juga sudah mula melabur di Kemboja.

Namun, dengan populasi sebanyak 15 juta orang, banyak masa yang diperlukan untuk keluar dari kemiskinan dan berkembang seperti negara-negara jiran mereka di Asia Tenggara.

Orang Muslim Kemboja dan Kemiskinan

korban kemboja

Tidak seperti di Malaysia, kita harus bersyukur kerana kita sentiasa dapat menikmati daging korban bukan sahaja menjelang Hari Raya Korban tetapi sepanjang tahun.

Untuk merasai nikmat daging korban seperti lembu atau kambing, mungkin hanya setahun sekali atau mungkin tidak berpeluang langsung.

Realiti yang dihadapi oleh masyarakat Muslim di Kemboja ialah majoriti terdiri daripada golongan miskin dan daif.

Golongan ini juga pernah ditindas semasa zaman pemerintahan komunis suatu ketika dahulu.

Pelbagai kekejaman dan penindasan yang golongan ini telah lalui dengan tabah.

Agensi Aqiqah dan Korban Ke Kemboja Yang Diyakini

Al-Ameen Serve Holdings telah menguruskan korban dan aqiqah selama 27 tahun.

Jika anda mempunyai niat untuk melakukan ibadah korban di Kemboja, anda tidak perlu risau lagi!

Perlaksanaan ibadah korban dan aqiqah bersama Al-Ameen diyakini kerana kami berurusan terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Setiap peserta akan mendapat Sijil Perlaksanaan yang menyatakan tarikh dan tempat perlaksanaan ibadah korban dan juga aqiqah.

Sijil tersebut disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja dan Pengerusi Program beserta Bukti Bergambar binatang ternakan ibadah aqiqah anda.

Berikut merupakan testimoni daripada Kemboja:

Okhna Haji Kamaruddin Yusof (Mufti Kerajaan Kemboja):

“Saya mewakili umat Islam Kemboja mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang kasihan akan umat Islam di Kemboja. Semoga ibadah Korban & Aqiqah kita diterima oleh Allah SWT”

Ahmad Bin Salleh  (Phum 3 Kraum, Koh Soutin, Kampong Cham):

“Saya mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah memberi wang untuk kami membeli lembu dan kambing korban dan mengagihkannya kepada penduduk di sini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan dirahmati Allah SWT”

Ustaz Haji Sabri Kasim (Timbalan Gabenor Wilayah Kompong Cham, Kemboja):

“Program korban dan aqiqah ini banyak membatu umat Islam di Kemboja terutamanya dari sudut hubungan silaturahim, pendidikan dan keperluan asas kehidupan. Kami amat bersyukur atas segala keperihatinan umat Islam di seluruh negara dalam membantu umat Islam di sini”

YB Haji Zakaryya Adam (Ketua Urus Setia Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja):

“Pihak kami bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. untuk menjayakan program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja”

Secara kesimpulannya, membantu saudara Islam kita di Kemboja merupakan satu pilihan yang anda boleh lakukan pada harga yang berbaloi juga.

Umat Islam di Kemboja juga berhak menyambut Hari Raya Korban dengan meriah seperti kita di sini.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudahkerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada

korbanaqiqah@alameenserve.com.

Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan.

Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala seekor kambing pula ialah RM580. Syarikat mereka juga diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau ialah Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak.

Setiap peseta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah korban tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja & Pengerusi Program.

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut.

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350/ 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480