Hukum Korban

Hukum Berkongsi Korban Dan Aqiqah Pada Haiwan Sembelihan Sama

  • Info

Pernahkah anda dengar tentang hukum berkongsi korban dan aqiqah? 

Mungkin anda salah seorang yang pernah atau berminat untuk berkorban tetapi belanja untuk korban seekor haiwan mungkin akan menelan lebih banyak kos.

Penyelesaian paling mudah adalah berkongsi korban. Tetapi adakah ianya sah di sisi hukum syarak?

Artikel ini ada jawapannya. Teruskan membaca.

Hukum Asal Korban dan Aqiqah

A person standing next to a cow

Description automatically generated

Korban

Hukum berkorban adalah sunnah muakkad. Ini bermaksud sunat yang sangat digalakkan.

Walaubagaimanapun, terdapat pendapat daripada ulama mazhab Hanafi yang berpendapat bahawa ia wajib bagi mereka yang cukup nasab zakat.

 Ini adalah hadis yang merujuk mengenai pendapat ini.

“Barangsiapa berkelebihan (dalam harta) tetapi tidak menyembelih haiwan korban, janganlah dia mendekati masjidku.”

 (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Aqiqah

Menurut pendapat Imam Syafi’e, aqiqah juga merupakan sunat muakkad. Ini boleh dilihat dari sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. 

(Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Bagi Imam Malik pula, hukum aqiqah tidak boleh diperselisihkan lagi.

Tambahan pula, Imam Ibnu Qayyim menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail A.S.

Hukum Berkongsi Korban dan Aqiqah Pada Sembelihan Yang Sama

A picture containing person, outdoor, child, holding

Description automatically generated

Hadith Dari Jabir bin Abdullah R.A Tentang Perkongsian 7 Bahagian Lembu Atau Unta

Berdasarkan hadith daripada Jabir bin Abdullah R.A, ia menunjukkan bahawa haiwan boleh dikongsi.

Hadith ini menyebutkan:

“Kami telah melakukan korban bersama-sama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah dengan unta yang dikongsi dengan 7 bahagian dan lembu yang dikongsi dengan 7 bahagian.”

Riwayat Muslim (1318), Abu Daud (2809) & Al-Tirmizi (1502)

Menurut Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah, hadith ini menunjukkan bahawa ia boleh dijadikan dalil kebolehan untuk isytirak(berkongsi) seekor unta atau lembu untuk tujuh bahagian.

Ini bermaksud hukum korban dan aqiqah jika dikongsi adalah sah. 

Pendapat al-Syafi’eyyah

Tetapi terdapat juga khilaf di kalangan ulama’ bahawa adakah boleh untuk berkongsi niat untuk korban dan aqiqah bagi setiap bahagian pada haiwan yang sama.

Bagi pandangan al-Syafi’eyyah, ia dibenarkan. Ini boleh dilihat pada pendapat Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah:

“Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan aqiqah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji makan sah hukumnya…”

Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256

Pendapat al-Hanafiah

Hukum korban dan aqiqah juga sah jika ia dikongsi menurut pandangan al-Hanafiah.  

Ini boleh dilihat di dalam Hasyiahnya di mana Ibn ‘Abidin al-Hanafi Rahimahullah sebut bahawa ia dibenarkan untuk berlakunya perkongsian bagi korban dan aqiqah.

Ini kerana korban dan aqiqah merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Rad al-Muhtar ‘ala al-Dur al-Mukhtar. Dar al-Fikr, 6/326

Pendapat al-Malikiyyah dan al-Hanabilah

Tetapi terdapat pendapat yang menyatakan ia tidak dibenarkan dan tidak sah. Ini kerana tujuan sembelihan korban dan aqiqah adalah berbeza.

Oleh itu, ia tidak boleh disatukan. Ini membuatkan hukum korban dan aqiqah tidak sah.

Ini merupakan pendapat al-Malikiyyah dan juga al-Hanabilah.

Fatwa Yas’alunak oleh Prof. Dr. Husamuddin ‘Afanah. Maktabah Dandis, 4/350

Pendapat Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan pula, beliau berpendapat bahawa boleh disekalikan niat korban dan aqiqah pada bahagian lembu dan juga unta.

Mereka menurut pandangan daripada kalangan al-Syafi’ieyyah dan juga al-Hanafiah.

Ia menunjukkan bahawa menurut cara ini, hukum korban dan aqiqah adalah sah.

Kesimpulannya, anda boleh berkongsi korban dan aqiqah pada haiwan sembelihan sama. Dengan cari ini, hukum korban dan aqiqah masih sah.

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian.

Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah korban tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja & Pengerusi Program.

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut:

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350 / 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Search