6 Keajaiban Yang Berlaku Ketika Kita Membaca al-Quran
Adakah anda pernah merasai perbezaan apabila anda mendengar dan membaca al-Quran?
Kita sudah maklum bahawa al-Quran adalah panduan bagi seluruh manusia. Selain kita menghayati dan mengamalkan setiap ayat-ayat al-Quran, kita juga perlu menjadikan al-Quran sebagai wadah untuk meningkatkan keupayaan hidup kita di dalam bidang-bidang lain.
Berikut adalah beberapa penemuan saintifik yang membuktikan keagungan al-Quran:
✔ Al-Quran Sebagai Penyembuh Semulajadi
Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel tubuh dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka.
Kajian ini mendapati terdapat penurunan kemurungan dan kesedihan apabila dibacakan al-Quran pada pesakit.
Selain itu, analisis terhadap tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik juga menunjukkan perubahan yang positif di dalam kajian tersebut.
✔ Ayat-Ayat al-Quran Boleh Menghancurkan Sel Kanser dan Virus
Dengan hanya bunyi bacaan dari Al Quran, dikatakan sel-sel kanser boleh pecah dengan sendirinya.
Ini kerana frekuensi bunyi bacaan al-Quran dengan jarak gelombang tertentu boleh bertindak seperti sonar yang boleh menghapuskan sel-sel kanser apabila dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran secara kerap.
Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi Al-Quran. Aktiviti virus akan terganggu dan akhirnya akan terhenti apabila bunyi terus dikenakan padanya.
✔ Al-Quran Mengubah Molekul Air dan Peminumnya
Apabila air dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran, molekul air akan berubah kepada bentuk yang cantik dan menarik.
Apabila air tersebut diminum, ia akan memberikan kesan positif kepada peminumnya seperti penyembuhan fizikal dan spiritual. Siapa sangka dengan membaca al-Quran keajaiban ini boleh berlaku?
✔ Ketenangan Daripada Bacaan al-Quran
Kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston mendapati mereka yang diperdengarkan dengan bacaan al-Quran akan memperolehi ketenangan.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur’an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an.
Hasil keputusan adalah responden mendapatkan ketenangan sehingga 65% ketika mendengar bacaan al-Quran dan 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an.
✔ Al-Quran Mempengaruhi Respon Bayi
Menurut kajian Dr. Nurhayati yang membentangkan hasil kajian pada Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997 mendapati bayi yang berusia 48 jam yang diperdengarkan ayat-ayat Aa-Quran dari perakam suara menunjukkan respon seperti tersenyum dan tenang.
Ia juga dapat merangsang sel-sel otak bayi agar kerap berhubung.
Demikian adalah serba sedikit tentang keajaiban membaca dan mendengar al-Quran. Semoga kita mendapat manfaat daripada perkongsian ini.
Sekiranya anda ingin mewakafkan al-Quran kepada golongan yang memerlukan, anda boleh menyertai program Wakaf Al-Quran untuk masyarakat Islam Pattani anjuran Al- Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.
Mereka bertindak untuk mengagihkan sumbangan naskah al-Quran kepada pusat-pusat pengajian al-Quran di Pattani, Thailand. Harga 1 naskhah adalah Al Quran RM35.
Agihan sedekah al-Quran boleh dibuat melalui Kalamullah Al Quran & Multilingual School yang dikelolakan oleh Pentadbir Amanah & Pengurus sekolah Ustaz Abdullah Hassan.
Prosesnya adalah seperti berikut:
- Ustaz Abdullah akan mendapatkan sekolah atau pusat pengajian yang akan diagihkan.
- Setelah persetujuan dicapai untuk berapa naskhah agihan dibuat bagi setiap pusat pengajian, nama dan tempat akan diserahkan kepada urus setia Malaysia (Al Ameen) untuk pengesahan.
- Sedekah Al Quran yang diterima akan dihantar kepada Ustaz Abdullah untuk memulakan proses agihan berdasarkan sijil atau nama-nama penyumbang.
Penyumbang boleh menyertai dengan program wakaf al-Quran ini dengan menyalurkan sumbangan secara online di laman web Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
Setiap penyumbang akan menerima sijil penyertaan sedekah al-Quran daripada Sekolah Kalamullah Al Quran & Multilingual.
Contoh sijil penyertaan sedekah al-Quran
Pembayaran Wakaf Al-Quran Secara Online
Sekiranya anda berminat untuk bersedekahh al-Quran, anda boleh mendaftar dengan Al Ameen Holdings Sdn Bhd.
Anda boleh lakukan pembayaran ibadah aqiqah dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:
Step 1: Pergi ke e-Wakaf Al-Quran di laman utama
Step 2: Klik butang ‘Teruskan’
Step 3: Isi butiran peribadi dan bilangan peserta wakaf al-Quran (1 naskah al-Quran = RM35)
Step 4: Setelah lengkap mengisi semua butiran, klik butang ‘Teruskan’
Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai
Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran wakaf al-Quran
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,
Medan Makmur Off Jalan Usahawan,
53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4143 4343
Faks: 03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com
Whatsapp: 011-2384 8480