Wakaf Telaga

Wakaf Telaga: Peluang Mendapat Pahala Berterusan Sehingga Hari Kiamat

  • Info

Anda mencari peluang untuk mendapat pahala berterusan sehingga ke akhirat? Mari beramal dengan wakaf telaga.

Amalan wakaf adalah sangat digalakkan dalam Islam, termasuk wakaf telaga.

Ini kerana amalan wakaf merupakan salah satu sedekah jariyah yang mana pahalanya akan berterusan mengalir, meskipun selepas seseorang itu meninggal dunia.

Ketahui lebih lanjut mengenai wakaf telaga dengan membaca artikel ini sehingga tamat.

Apa Itu Wakaf Telaga atau Wakaf Perigi?

Related image

Umum mengetahui bahawa wakaf bermaksud mengeluarkan harta atau wang ringgit untuk suatu kepentingan yang baik.

Bagaimana pula yang dimaksudkan dengan wakaf telaga atau wakaf perigi?

Wakaf telaga air merujuk pada bantuan kewangan yang diberikan untuk pembinaan perigi air bagi penduduk kawasan yang tiada bekalan air berpaip. Salah satu negara yang memerlukan bantuan ini adalah Kemboja.

Kenapa Kita Digalakkan Untuk Membuat Wakaf Telaga?

Dalil yang kuat datangnya daripada Rasulullah S.A.W.

Daripada Abu Hurairah r.a., baginda telah bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:

  • Ilmu yang diajar dan disebar
  • Anak soleh yang ditinggalkan
  • Mushaf al-Quran yang diwariskan
  • Masjid yang dibina
  • Rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan
  • Sungai yang dialirkan untuk kepentingan orang ramai
  • Sedekah yang dikeluarkan dari harta ketika sihat dan hidup”

Riwayat Ibn Majah, Hadis ke 242

Berdasarkan hadith ini, sungai yang dialirkan juga bermaksud menggali perigi untuk kegunaan ramai.

Hadis ini menjelaskan betapa besarnya fadhilat wakaf perigi air sebagai amal jariyah selepas mati.

Selain itu, terdapat juga beberapa fadhilat berwakaf seperti:

  1. Sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah S.W.T.
  2. Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
  3. Mendapat kebajikan dan pahala berpanjangan walaupun selepas meninggal dunia
  4. Menjadi lambang syiar Islam
  5. Mengukuhkan perpaduan dan ekonomi umat Islam

Proses Pembinaan Wakaf Perigi

Berikut merupakan proses-proses pembinaan wakaf perigi air di Kemboja:

1. Mengorek lubang

proses buat wakaf telaga

Proses pertama yang diambil adalah mengorek lubang.

Ia bagi memastikan kawasan telaga adalah strategik dan mengandungi air mata air yang banyak.

Bagi proses ini, kebiasaannya dilakukan secara manual tanpa menggunakan mesin.

2. Menggerudi tanah

gerudi tanah untuk wakaf telaga

Proses kedua adalah menggerudi tanah. Ia adalah penting bagi menentukan kedalaman perigi yang ingin dibina.

Selalunya proses ini dijalankan menggunakan mesin gerudi.

3. Menyambung paip dan membuat kemasan perigi

Proses terakhir adalah menyambung paip ke dalam perigi dan membuat kemasan luaran.

Ia bertujuan memudahkan lagi penggunaan telaga yang dibina.

Klik video di bawah untuk menonton video penuh tentang cara pemasangan wakaf perigi:

Pembinaan Wakaf Perigi di Kemboja

Image result for water well for cambodia

Tahukah anda, Kemboja merupakan negara yang menghadapi masalah bekalan air?

Cuaca di Kemboja boleh dibahagikan kepada 3 musim, iaitu musim sejuk (November hingga Februari), musim panas (Mac hingga Mei) dan musim hujan (Jun hingga Oktober).

Hujan hanya turun semasa musim hujan sahaja. Selebihnya, iaitu dari November hingga Mei, hujan sangat jarang turun.

Selain daripada itu, kerajaan Kemboja juga tidak mampu untuk menyediakan bekalan air berpaip ke seluruh negara mereka.

Terdapat tiga jenis wakaf telaga yang dibina di Kemboja:

1. Perigi Pam – sesuai dibina di kawasan tanah yang tidak berbatu

2. Perigi Palong – biasanya dibina di kawasan tanah berbatu dan penggunaan air yang banyak

3. Perigi Berpusat – sesuai untuk paras air yang dalam dan bekalan air untuk masyarakat setempat

Wakaf Telaga Bersama Al Ameen Serve Holdings

Al Ameen Serve Holdings menyediakan peluang untuk anda berwakaf melalui wakaf telaga di Kemboja. 

Umat Islam di Malaysia kini boleh menghulurkan bantuan kepada saudara seIslam di Kemboja yang sangat memerlukan bekalan air untuk kegunaan harian.

Al Ameen Serve Holdings mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam menguruskan aqiqah dan korban di Kemboja.

Selain itu, anda perlu memilih Al Ameen Serve Holdings untuk berwakaf kerana:

– Mereka telah menguruskan lebih 8,000 buah wakaf perigi berbentuk pam dan telaga yang telah selamat dilaksanakan

– Peserta akan mendapat sijil dan gambar pengesahan pelaksanaan oleh Mufti Kemboja

– Dipercayai oleh lebih daripada 86,000 peserta

– Transaksi yang mudah dan selamat

– Penjelasan dan arahan yang mudah, jelas dan ringkas

– Perkhidmatan yang pantas dan lancar

– Ada ‘follow up’ dengan peserta – aktiviti didokumentasikan di laman web

Pembinaan Wakaf Perigi Yang Terkini Di Kemboja

wakaf telaga di kemboja

PM8854 – Nimith Tipo Sontuk Kompong Thom, Kemboja

PM8781 – O Pram 1 Prek Kok Stoeng Trong Kompong Cham, Kemboja

Perigi Berpusat Memot – Borey Dejo Dar Memot Tbong Khmom

Perigi Berpusat (Santisart) – Santisart Wittaya School, 68 M 11 Khokpho Sub-district, Khokpho District, Pattani Thailand 

Perigi Berpusat Kalamullah – Sekolah Kalamullah Al Quran & Multilingual, Pattani, Thailand

Pembayaran Wakaf Perigi di Website

Anda boleh membuat pembayaran wakaf perigi dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:

Step 1: Pilih e-Wakaf Perigi pada link di laman utama

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’ di laman Makluman Penyertaan Wakaf Perigi

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta dan jumlah bahagian (1 bahagian: RM150, sebuah perigi wakaf bersamaan dengan 7 bahagian penyertaan)

Step 4: Pilih cara pembayaran; kad kredit, Maybank2u, bank-bank lain, pos, faks atau tunai

Step 5: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran wakaf

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Klik link Channel Telegram

Search