Aqiqah Online

Aqiqah Online: 5 Sebab Kenapa Buat Aqiqah Kini Mudah, Murah dan Diyakini

  • Info

Pelaksanaan ibadah aqiqah semakin mudah pada masa sekarang. Dengan situasi pandemik yang tidak menentu serta penguatkuasaan kawalan pergerakan, umat Islam kini boleh mendaftar aqiqah secara online.

Berikut adalah beberapa kemudahan yang diberikan kepada mereka yang ingin melakukan aqiqah untuk anak-anak mereka.

#1 Harga Haiwan Sembelihan Yang Murah

kambing aqiqah

Penelitian terhadap harga amat penting sebelum melakukan aqiqah. Secara umumnya. harga haiwan seperti seekor kambing biri biri boleh mencecah RM950.

Disebabkan itu, ramai ibu bapa yang mencari alternatif lain dengan mendaftar aqiqah menerusi syarikat pengendali aqiqah di Malaysia.

Ini kerana terdapat yuran penyertaan dengan harga yang murah dan berpatutan.

#2 Proses Yang Mudah

penyertaan aqiqah online

Proses operasi sesuatu aqiqah adalah kompleks dan panjang.

Bermula daripada pembelian haiwan sembelihan, hinggalah kepada pembiayaan jamuan aqiqah, kos pengurusan, kebanyakan peserta tidak mahu terlibat dengan urusan sebegini.

Ditambah pula dengan situasi COVID-19 serta pelaksanaan PKPP, ramai yang mahukan sesuatu individu atau syarikat yang boleh menjalankan semua urusan aqiqah bagi pihak peserta.

Terdapat banyak pilihan syarikat pengendali aqiqah di luar sana dan peserta perlu bijak memilih syarikat yang berpengalaman dan mempunyai rekod yang baik.

#3 Pembayaran Secara Online

Pelaksanaan aqiqah online adalah di antara kemudahan terpenting yang dicari oleh mereka yang ingin melakukan aqiqah untuk anak mereka

Ini kerana peserta boleh mendaftar dan membuat pembayaran di laman web pengendali aqiqah. Mereka cuma perlu:

– Mengisi maklumat diri

– Mengisi maklumat peserta (nama anak)

– Menyertakan bilangan bahagian atau ekor

– Memilih cara pembayaran samada kad kredit atau bank transfer

Setiap peserta juga boleh meneliti invos pembayaran menerusi emel yang dihantar oleh pengendali aqiqah terbabit.

#4 Pemberian Sijil

Setiap peserta akan mendapat Sijil Perlaksanaan yang menyatakan tarikh dan tempat perlaksanaan ibadah aqiqah. Ianya akan disahkan oleh pihak berwajib agama Islam yang memantau proses aqiqah dijalankan.

Sijil ini akan diposkan kepada peserta aqiqah kelak.

#5 Bukti Sembelihan Aqiqah

Bagi menghilangkan kegusaran terhadap setiap pendaftaran aqiqah online, biasanya pengendali aqiqah akan menyertakan bukti sembelihan kepada setiap peserta aqiqah.

Bukti yang biasa digunakan adalah foto kad nama peserta aqiqah yang diletakkan bersama haiwan sembelihan aqiqah.

Setiap foto ini akan dimuatnaik di laman sosial pengendali aqiqah sebagai bukti bahawa aqiqah peserta tersebut telah dilaksanakan.

FAQ Pelaksanaan Aqiqah Secara Online

Berikut adalah beberapa soalan dan jawapan tentang kemusykilan tentang aqiqah. 

Walaupun namanya aqiqah online, namun ianya cuma pendaftaran secara online. Pelaksanaan dan pengurusan aqiqah tetap dijalankan di tempat-tempat tertentu seperti di Kemboja.

1: Bolehkah melaksanakan aqiqah anak di tempat lain atau di luar negeri?

J: Bagi menjawab pertanyaan tersebut, maka di sini kita kemukakan pandangan Sayid Al-Bakri dalam kitabnya I’anatut Tolibin, beliau menyatakan bahawa sah dan boleh berwakil pada pembelian korban dan aqiqah, dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya diri berada di luar negeri. Wallahua’lam.

2: Bolehkah mewakilkan penyembelihan aqiqah anak kepada pihak tertentu?

J: Telah menjadi suatu amalan umat Islam di mana-mana bahawa mereka mewakilkan penyembelihan aqiqah kepada pihak tertentu, sama ada imam masjid, tukang sembelih atau syarikat tertentu seperti yang berlaku di Mekah sama ada pada musim Haji mahupun di luar musim Haji. Maka mewakilkan penyembelihan aqiqah kepada pihak lain yang dipercayai dan amanah adalah suatu yang dibenarkan oleh agama bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya. Ini bertepatan dengan pendapat Sayid Al-Bakri di dalam kitabnya I’anatut Tolibin. Wallahua’lam.

3: Bolehkah seseorang itu melaksanakan aqiqah tanpa melihat penyembelihan haiwan aqiqahnya?

J: Sayid Al-Bakri dalam kitabnya I’anatut Tolibin menyatakan bahawa adalah sah dan boleh berwakil pada pembelian korban dan aqiqah dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya diri berada di luar negeri. Ini bermakna orang yang dimaksudkan oleh Sayid Al-Bakri itu sudah tentu tidak dapat melihat sendiri aqiqah yang dilaksanakan bagi pihaknya oleh pihak tertentu. Maka hukumnya adalah dibolehkan. Wallahua’lam.

Program Aqiqah di Kemboja Dengan Al Ameen Serve Holdings

Al Ameen Serve Holdings menyediakan peluang untuk anda melaksanakan korban di Kemboja. Dengan peluang ini, anda boleh berkorban di tempat yang ramai umat Islam miskin dan memerlukan.

Kami mempunyai pengalaman 27 tahun menguruskan aqiqah di Kemboja. Selain itu, kami juga mendapat kerjasama dan sokongan Mufti Kerajaan Kemboja serta Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja.

Agihan daging aqiqah juga dikawal selia oleh imam-imam Masjid ataupun wakil urusan yang dilantik oleh Mufti Kemboja. 

Harga kambing aqiqah juga adalah murah dan berpatutan. Dengan hanya RM595 untuk seekor kambing atau RM375 untuk satu bahagian lembu, anda sudah boleh beraqiqah. Harga ini adalah termasuk yuran penyertaan, jamuan aqiqah, kos serta ganjaran pengurusan.

Sijil Pengesahan Pelaksanaan Aqiqah yang disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja biasanya akan dihantar kepada peserta dalam tempoh 14 hari dan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari selepas tarikh penerimaan penyertaan.

Contoh Sijil Penyertaan Program Aqiqah Al Ameen Serve Holdings

Peserta boleh melihat dokumen asal serta gambar-gambar Program Korban & Aqiqah di Kemboja di alamat Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. dari Isnin hingga Jumaat jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.

Pembayaran Ibadah Aqiqah Secara Online

Sekiranya anda berminat untuk melakukan aqiqah untuk anak anda, anda boleh mendaftar dengan Al Ameen Holdings Sdn Bhd.

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah aqiqah dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:

Step 1: Pergi ke e-Ibadah Aqiqah di laman utama

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’ 

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM375 / 1 ekor kambing: RM595)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai 

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Search