Aqiqah Di Kemboja

13 Gambar Meruntun Jiwa Yang Membuatkan Anda Teringin Buat Aqiqah di Kemboja

  • Info

Sudah semakin ramai umat Islam yang mempunyai kesedaran untuk membuat aqiqah. Namun, masih ada juga yang tidak mengetahui tentang program ibadah aqiqah di Kemboja.

Selama lebih 27 tahun, dengan lebih 96,168 peserta aqiqah dan lebih 45,068 ekor ternakan selamat disempurnakan. Al Ameen Serve Holdings Sdn Bhd sentiasa menjadi pilihan umat Islam yang ingin melakukan program aqiqah di luar negara.

Walaupun terdapat kekangan akibat situasi pandemik yang melanda sekarang, ianya tidak menjadi masalah untuk pihak Al Ameen Serve Holdings melakukan aqiqah di Kemboja pada setiap tahun.

Bagi memberikan sorotan ringkas mengenai program aqiqah di sana, berikut adalah 13 bukti bergambar pelaksanaan aqiqah yang dikelolakan oleh Al Ameen Serve Holdings di beberapa kampung di Kemboja.

Untuk makluman anda, setiap aqiqah dijadikan jamuan untuk orang kampung, majlis perkahwinan atau jamuan pelajar madrasah, termasuk juga jamuan untuk imam-imam masjid.

1 bahagian lembu RM375 manakala 1 ekor kambing RM595. Harga sudah termasuk jamuan aqiqah. Setiap peserta akan menerima sijil pengesahan pelaksanaan, sijil kenangan dan juga gambar ternakan aqiqah.

1. Pelaksanaan Aqiqah bagi tahun 1442H yang disempurnakan di Masjid Al-Jamiul-Ansary, Pongro, pongro, Chhlong, Kratie dan di Masjid Jami-ul-masyarif, Chumnik, Chumnik, Krochhmar, Tbong Khmom, Kemboja.

aqiqah di kemboja

2. Pelaksanaan Aqiqah bagi tahun 1442H yang disempurnakan di Masjid Jamik Ammar B Yasir, Phoum 3 / Km 9, Chraing Chamres I, Russey Keo, Phnom Penh, di Masjid Al-Jami-ul-Islamiyah, Spieu / Ork Mork, Cheyyo, Chamka Leu, Kg Cham dan juga di Masjid Ar Rahmah, Prek Bak, Prek Bak, Stoeng Trang, Kg Cham, Kemboja.

3. Pelaksanaan Aqiqah bagi tahun 1442H yang disempurnakan di Masjid Ak-Ikramiyah, Sauy II, Pas I, Krochhmar, Tbong Khmom dan juga di Masjid Nuruddin, Raka Popram I/ Thmey, Raka Popram, Tbong Khmom, Kemboja.

aqiqah kemboja

4. Pelaksanaan Aqiqah bagi tahun 1442H yang disempurnakan di Masjid Ak-Ikramiyah, Sauy II, Pas I, Krochhmar, Tbong Khmom dan juga di Masjid Al-Jami-ul-Islamiyah, Spieu / Ork Mork, Cheyyo, Chamka Leu, Kg Cham, Kemboja.

5. Pelaksanaan Aqiqah bagi tahun 1442H yang disempurnakan di Masjid Azimat-ul-Hasanah, Tbong Khla / Phnom Chort, O Mreas, Siem Bok, Stoeng Treng dan di Masjid Al-Jami-ul-Islamiyah, Spieu / Ork Mork, Cheyyo, Chamka Leu, Kg Cham, Kemboja.

5 Sebab Meyakinkan Untuk Memilih Al Ameen Serve Holdings

#1 100% Online 

Al-Ameen Serve Holdings merupakan pembangun laman sesawang Korban dan Aqiqah yang pertama di Malaysia yang menyediakan kemudahan penyertaan dan pembayaran di dalam talian.

Ini bermaksud segala urusan dan transaksi dijalankan di laman sesawang utama. Peserta boleh melakukannya melalui  komputer atau smartfon asalkan mempunyai capaian Internet.

Mereka cuma perlu:

  • Mengisi maklumat diri
  • Mengisi maklumat peserta (nama anak)
  • Menyertakan bilangan bahagian atau ekor
  • Memilih cara pembayaran samada kad kredit atau bank transfer

Setiap peserta juga boleh meneliti invois pembayaran menerusi emel yang dihantar oleh Al Ameen Serve Holdings.

#2 Kemudahan Muat turun Borang Program 

Selain kemudahan pembayaran online, peserta program aqiqah juga boleh mendapatkan akses kepada borang-borang penyertaan program-program anjuran Al Ameen Serve Holdings.

Peserta boleh memuat turun borang ke komputer supaya mereka boleh mencetak borang-borang seperti:

  • Borang penyertaan aqiqah
  • Borang penyertaan korban
  • Borang sedekah al-Quran
  • Borang penyertaan wakaf perigi
  • Borang penyertaan wakaf tandas
  • Borang sedekah
  • Borang program wakaf Thailand
  • Borang kempen Ramadan

Kesemua borang ini perlu diisi dan dihantar melalui emel korbanaqiqah@alameenserve.com, faks dan juga WhatsApp.

#3 Harga Haiwan Aqiqah Yang Murah

Penelitian terhadap harga amat penting sebelum melakukan aqiqah. Secara umumnya. harga haiwan aqiqah seperti seekor kambing boleh mencecah RM950.

Disebabkan itu, Al Ameen menawarkan harga kambing aqiqah yang murah dan berpatutan. Harga sebahagian lembu aqiqah hanya RM375 manakala harga seekor kambing adalah RM595. Harga ini adalah termasuk yuran penyertaan, jamuan aqiqah, kos serta ganjaran pengurusan.

#4 Diyakini Sejak 1993

Pengalaman selama 27 tahun menguruskan aqiqah di Kemboja membuatkan ramai peserta aqiqah memilih Al Ameen Serve Holdings.

Ini kerana kami berurusan terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof. Beliau sendiri yang memantau setiap pelaksanaan ibadah aqiqah agar dilaksanakan mengikut hukum syarak dan sempurna pelaksanaannya.

Walaupun dijalankan di negara luar, namun peserta aqiqah yakin dengan kredibiliti dan kemampuan Al Ameen Serve Holdings melaksanakan ibadah aqiqah.

Setiap peserta akan menerima Sijil Pelaksanaan yang menyatakan tarikh dan tempat pelaksanaan ibadah aqiqah yang disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja dan Pengerusi Program beserta bukti bergambar haiwan aqiqah.

Sijil ini akan dihantar kepada peserta dalam tempoh 14 hari dan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari selepas tarikh penerimaan penyertaan. 

Contoh Sijil Penyertaan Program Aqiqah Al Ameen Serve Holdings

Peserta boleh melihat dokumen asal serta gambar-gambar Program Korban & Aqiqah di Kemboja di alamat Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. dari Isnin hingga Jumaat jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.

#5 Testimoni Positif Peserta

Kami menerima banyak maklumbalas positif daripada peserta-peserta program aqiqah dan korban yang lepas.

Kesemua maklumbalas itu telah diterbitkan di dalam blog kami untuk rujukan anda. 

Bersedia Untuk Melakukan Aqiqah Anak?

Bagi ibu bapa yang mampu, anda digalakkan untuk melaksanakan aqiqah anak anda. Sekiranya tidak mampu membuat aqiqah anaknya ketika berusia 7 hari, bolehlah ditangguhkan sehingga anak berusia 14 hari. 

Sekiranya masih tidak mampu untuk melakukannya, boleh dilanjutkan sehingga anak berusia 21 hari. 

Jika masih tidak berkemampuan juga, sunat untuk anda membuat aqiqah apabila anak itu dewasa (baligh) kelak.

Walaubagaimanapun, apabila anak sudah meningkat dewasa, para ulama’ berpendapat menetapkan sunat bagi ibu bapa untuk membuat korban dan bukan lagi aqiqah untuk anak mereka.

Tetapi bagi anak-anak yang belum diaqiqahkan, mereka boleh memilih untuk membuat aqiqah untuk dirinya sendiri apabila sudah menjadi dewasa.

Cara-Cara Untuk Membuat Pembayaran Aqiqah Secara Online Al Ameen Serve Holdings

Sekiranya anda berminat untuk melakukan aqiqah untuk anak anda, anda boleh mendaftar dengan Al Ameen Holdings Sdn Bhd.

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah aqiqah dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:

Step 1: Pergi ke e-Ibadah Aqiqah di laman utama

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’ 

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM375 / 1 ekor kambing: RM595)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai 

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami 

Search