10 Fakta Menarik Mengenai Hari Raya Haji Yang Ramai Tak Tahu
Hari Raya Haji atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.
Hari Raya Haji jatuh pada bulan terakhir kalendar hijrah Islam, iaitu pada 10 Zulhijjah.
Perayaan ini disambut bagi memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang hampir mengorbankan anaknya, Nabi Ismail A.S seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT. Peristiwa ini telah membuktikan ketaatan Nabi Ibrahim A.S terhadap Allah S.W.T.
Ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mengetahui bagaimana perayaan ini disambut di Malaysia serta fakta-fakta menarik tentang hari raya haji.
Sambutan Hari Raya Haji Di Malaysia
Hari Raya Haji diiktiraf sebagai cuti kebangsaan di Malaysia dan di sambut selama empat hari bermula dari hari ke-10 bulan Zulhijjah.
Hari Raya Haji ini selalunya dimulakan dengan solat sunat hari raya sebanyak dua rakaat yang diadakan di masjid-masjid seluruh negara pada awal pagi.
Selain itu, umat Islam di Malaysia akan memakai pakaian baharu pada hari perayaan dan menghabiskan masa mengunjungi sanak-saudara serta rakan-rakan.
Pada hari raya haji ini, kambing serta domba disembelih bagi memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S.
Bukan itu sahaja, sebilangan daging atau sejumlah wang yang setara dengan jumlah sembelihan tersebut akan disumbangkan kepada orang miskin agar mereka juga dapat meraikannya.
Perayaan ini disambut dengan meriah sekali bersama ahli keluarga dan sahabat handai.
10 Fakta Menarik Hari Raya Haji
Berikut merupakan 10 Fakta Menarik Hari Raya Haji:
- Haiwan sembelihan haruslah diambil dari jenis baka yang elok dan tiada sebarang kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah dan lain-lain penyakit.
- Mereka yang melaksanakan ibadah korban dilarang untuk memotong kuku serta menggunting rambut bermula 1 Dzulhijjah sehingga selesai ibadah korban tersebut.
- Bagi mereka yang melaksanakan ibadah korban, sunat baginya untuk menyembelih haiwan tersebut menggunakan tangannya sendiri.
- Penyembelihan haiwan dilakukan setelah selesai solat sunat Aidiladha dan tidak dibenarkan melakukan penyembelihan selepas 11, 12, dan 13 Dzulhijjah.
- Seseorang dibenarkan berkorban dan berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya dengan seekor kambing atau sebahagian daripada tujuh bahagian itu.
- Bagi memastikan haiwan sembelihan tidak terseksa dan mati dengan serta-merta, pisau yang digunakan haruslah tajam dan penyembelihan harus dilakukan dengan cepat.
- Ibadah korban dilaksanakan selepas selesai mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidiladha.
- Adalah sunat untuk keluarga yang melaksanakan ibadah korban untuk memakan dan menghadiahkan sebahagian daging tersebut kepada orang yang lain.
- Bagi mereka yang menyembelih haiwan korban sebelum solat sunat aidiladha, sembelihan itu hanya menjadi daging yang boleh disedekahkan dan bukan daging korban.
- Solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha dilakukan di masjid atau di tempat yang terbuka di mana khatib tersebut dapat melihat keseluruhan hadirin yang hadir.
Kesimpulannya, Hari Raya Haji bukan sekadar perayaan tahunan, tetapi ianya untuk mengingatkan kita tentang peristiwa Nabi Ibrahim A.S.
Dari peristiwa tersebut, terdapat pengajaran yang boleh kita ikuti.
Sebagai contoh, walaupun perintah Allah S.W.T didatangkan dalam pelbagai bentuk, kita harus melaksakannya dengan hati terbuka sebagai tanda keimanan kita terhadap Yang Maha Esa.
Oleh itu, bagi mereka yang berkemampuan, laksanakan ibadah korban ini dan kongsikan hasil korban tersebut dengan mereka yang memerlukan.
Oleh itu, sekiranya anda berminat untuk melakukan ibadah korban ini, anda boleh mendaftar dengan Al Ameen Holdings Sdn Bhd.
Anda boleh membuat pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:
Langkah 1: Pergi ke e-Ibadah Korban di laman utama
Langkah 2: Klik butang ‘Teruskan’
Langkah 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350 / 1 ekor kambing: RM580)
Langkah 4: Klik butang ‘Teruskan’
Langkah 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai
Langkah 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,
Medan Makmur Off Jalan Usahawan,
53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4143 4343
Faks: 03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com
Whatsapp: 011-2384 8480