Mohon Petunjuk Dengan Solat Sunat Istikharah (Panduan Lengkap Melaksanakannya)
Solat sunat istikharah ini merupakan solat sunat yang dilakukan apabila seseorang individu yang ingin membuat pilihan dalam hidup.
Dengan kata lain, mana-mana individu yang buntu dan tidak tahu untuk melakukan pilihan boleh melaksanakan solat sunat ini.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsikan apa itu solat sunat istikarah dan juga bagaimana cara untuk melaksanakan melakukan solat sunat ini.
Apa itu Solat Sunat Istikharah?
Solat sunat istikarah ini merupakan solat sunat yang akan dilakukan untuk mendapatkan petunjuk atau kepastian kepada diri mereka.
Dalam bahasa Arab, perkataan istikarah ini adalah bermaksud meminta pilihan yang baik.
Ini bermaksud kita meminta petunjuk daripada Allah SWT untuk memberi kepastian kepada diri kita.
Jika diperlihatkan dalam hadis, solat sunat ini bukanlah satu amalan yang wajib dilakukan. Ini terbukti apabila Rasulullah SAW tidak melakukan istikarah dalam melakukan semua hal.
Untuk kefahaman semua, solat sunat ini boleh dilaksanakan apabila anda buntu dalam membuat keputusan bukan sahaja untuk membuat pilihan dalam memilih jodoh sahaja. Malah boleh dilaksanakan untuk mendapatkan apa jua pilihan sekalipun.
Solat sunat istikarah ini menjadi salah satu kekeliruan apabila solat ini dianggap pembantu memilih jodoh yang seratus peratus tepat.
Dalam melakukan solat sunat ini, kepercayaan kepada pilihan yang telah dilakukan juga diperlukan. Hal ini kerana istikarah ini juga boleh menimbulkan fitnah.
Panduan Lengkap
Seperti solat sunat lain, solat ini juga mempunyai panduannya yang tersendiri. Panduan ini boleh diikuti oleh mana-mana individu yang ingin lakukan solat sunat ini.
Waktu dan Rakaat
- Dilarang pada waktu diharamkan solat iaitu waktu tahrim. Boleh dilaksanakan pada siang hari mahupun malam. Digalakkan waktu malam sebelum tidur.
- Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat hingga 12 rakaat. 2 rakaat 1 salam dan 12 rakaat dengan 6 salam.
Niat Solat Sunat Istikharah
Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Tatacara Melaksanakan Solat Sunat Istikarah
- Rakaat Pertama
- Dimulakan dengan lafaz niat solat.
- Seterusnya takbiratul ihram seperti solat biasa.
- Mulakan bacaan dengan doa iftittah. Diteruskan dengan al-Fatihah dan seterusnya surah al-Kafirun atau surah yang lain.
- Diteruskan dengan rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.
- Rakaat Kedua
- Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
- Mulakan bacaan dengan doa iftittah. Diteruskan dengan al-Fatihah dan seterusnya surah al-Ikhlas atau surah yang lain.
- Diteruskan dengan rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.
- Sertakan Tasbih Sujud Akhir sebanyak 40 kali pada sujud kedua.
- Duduk tahiyyat akhir dan memberi salam.
- Baca doa solat sunat istikarah, meminta petunjuk dari Allah SWT.
Kesimpulannya, sebelum melakukan solat sunat istikarah ini. Individu sangatlah digalakkan untuk melakukan istisyarah ataupun meminta pendapat individu lain yang lebih mahir dan berilmu.
Individu yang dijadikan penduan hendaklah lebih mahir dalam bidang tersebut. ini akan lebih membuka minda dan pandangan kita tentang apa yang kita tidak pasti.
Haruslah ingat, petunjuk tidak semestinya datang dalam bentuk mimpi. Ada pentunjuk hadir daripada rasa kesenangan dan juga hati yang tenang.
Solat sunat ini juga terbuka dalam apa jua urusan. Tidak tertakluk kepada jodoh sahaja.
Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.
Antara servis yang kami tawarkan adalah seperti berikut:
Wakaf Perigi
Bantuan pembinaan perigi untuk penduduk Kemboja yang tiada bekalan air berpaip.
Wakaf Tandas
Sumbangan pembinaan tandas untuk penduduk Kemboja yang mempunyai masalah sanitasi.
Wakaf Al-Quran
Pengagihan Al-Quran kepada komuniti yang tidak mempunyai Al-Quran yang mencukupi.
Pakej Makanan
Sedekah Pakej Makanan kepada komuniti fakir miskin di Malaysia, Kemboja & Pattani.
Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.
Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.
Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilak ukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.
Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.
Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.
Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.
Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.
Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.
Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,
Medan Makmur Off Jalan Usahawan,
53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4143 4343
Faks: 03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com
Whatsapp: 011-2384 8480