Bolehkah Buat Aqiqah Untuk Diri Sendiri?
Ulama bersepakat mengatakan bahawa waktu terbaik melaksanakan aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran anak. Ada juga berpendapat dibolehkan melewatkan aqiqah.
Namun, ada keadaan di mana ibu bapa anak tidak dapat melaksanakan aqiqah kerana tidak berkemampuan.
Apakah hukum aqiqah ke atas anak yang sudah dewasa tetapi masih belum melaksanakan ibadah aqiqah?
Dalam artikel ini, anda akan mengetahui jawapannya serta adakah dibolehkan buat aqiqah untuk diri sendiri.
Hukum Melakukan Aqiqah Diri Sendiri Setelah Dewasa
Menurut pendapat sebahagian ulama, tanggungjawab membuat aqiqah oleh ayah telah gugur dan berpindah kepada anak setelah anak akil baligh.
Si anak mempunyai pilihan untuk melakukan aqiqah untuk diri sendiri. Ini kerana hukum aqiqah adalah sunat muakkad dan bukannya wajib.
Terdapat beberapa keadaan yang membolehkan seseorang itu melakukan aqiqah untuk dirinya:
- Berkemampuan untuk buat aqiqah
- Dapat membayar kos melakukan aqiqah
Namun, sekiranya ditinggalkan tanpa keuzuran, hukumnya makruh dan bukannya haram.
Ini sesuai dengan pendapat Imam Malik yang mengatakan bahawa seseorang itu tidak perlu mengakikahi diri sendiri:
“Tidak perlu mengakikahi diri sendiri kerana hadis yang membicarakan hal tersebut dhaif” Hadis yang dimaksudkan adalah:
أن النبي صلى الله عليه وسلم عق عن نفسه بعدما بعث نبيا
“Nabi SAW mengakikahi dirinya sendiri setelah ia diutus sebagai Nabi” (HR. Al Baihaqi, 9/300).
(Imam Nawawi dalam Al Majmu’ (8/250) berkata, “Hadis ini adalah hadis dhaif”)
Sekiranya ditinggalkan kerana tidak mampu atau terdapat halangan yang tidak boleh dielakkan, maka ianya dibolehkan.
Program Aqiqah di Kemboja
Al Ameen Serve Holdings menyediakan peluang untuk anda melaksanakan aqiqah di Kemboja. Dengan peluang ini, anda boleh mengerjakan ibadah aqiqah di tempat yang ramai umat Islam miskin dan memerlukannya.
Kami mempunyai pengalaman 27 tahun menguruskan aqiqah dan korban di Kemboja. Selain itu, kami juga mendapat kerjasama dan sokongan Mufti Kerajaan Kemboja serta Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja.
Agihan daging aqiqah juga dikawal selia oleh imam-imam Masjid ataupun wakil urusan yang dilantik oleh Mufti Kemboja.
Harga adalah murah dan berpatutan. Yuran penyertaan telahpun mengambil kira harga ternakan korban dan aqiqah, pembiayaan jamuan aqiqah, kos serta ganjaran pengurusan.
Sijil penyertaan pelaksanaan korban akan disahkan oleh Pengerusi Program dan Mufti Kerajaan Kemboja. Sijil biasanya akan dihantar kepada peserta dalam tempoh 30 hari selepas Hari Raya Aidil Adha.
Peserta boleh melihat dokumen asal serta gambar-gambar Program Korban dan Aqiqah di Kemboja di pejabat Al Ameen Serve Holding Sdn Bhd, dari Isnin hingga Jumaat jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.
Pembayaran Ibadah Aqiqah Secara Online
Sekiranya anda berminat untuk melakukan aqiqah untuk diri sendiri, anda boleh mendaftar dengan Al Ameen Holdings Sdn Bhd.
Anda boleh lakukan pembayaran ibadah aqiqah dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:
Step 1: Pergi ke e-Ibadah Aqiqah di laman utama
Step 2: Klik butang ‘Teruskan’
Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM375 / 1 ekor kambing: RM595)
Step 4: Klik butang ‘Teruskan’
Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai
Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,
Medan Makmur Off Jalan Usahawan,
53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4143 4343
Faks: 03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com
Whatsapp: 011-2384 8480