Apakah Hukum Mengasihani Haiwan Korban?
Umum mengetahui haiwan korban merupakan haiwan yang halal dimakan setelah penyembelihannya. Tetapi terdapat persoalan, bagaimana kalau ada perasaan kasihan terhadap haiwan itu?
Oleh sebab persoalan ini, ramai yang ragu-ragu untuk memakannya kerana terbit perasaan kasihan dan bersalah terhadap haiwan korban.
Artikel ini ada jawapan kepada kekeliruan ini.
Makanan Daripada Sumber Halal
Dalam Islam, isu tentang pemakanan halal dan haram amat dititikberatkan.
Allah SWT berfirman:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.”
(Surah al-Maidah: 3)
Oleh itu, sebelum anda menikmati daging korban samada lembu atau kambing, anda haruslah memastikan status halalnya.
Pastikan ia merupakan binatang sembelihan dan bukan bangkai binatang.
Syarat-syarat Orang Yang Menyembelih
Allah memerintahkan binatang perlu disembelih untuk menjadikan haiwan itu halal dimakan.
Berikut merupakan panduan untuk menyembelih binatang dan syarat-syaratnya berdasarkan pendapat ulama.
Pertama, penyembelih itu mestilah berakal tidak kira sama ada lelaki, perempuan, baligh atau mamaiyyiz dan ini merupakan pendapat jumhur.
Kedua, penyembelih mestilah orang Islam atau Ahli Kitab. Orang yang murtad tidak sah hukum sembelihannya kerana niatnya bukan kerana Allah.
Syarat untuk Ahli Kitab ialah mestilah dia beriman dan menyebut nama Allah ketika menyembelih.
Ketiga, binatang buas dan ganas tidak boleh dijadikan korban. Allah SWT telah berfirman:
“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan”
(Surah al-Maidah: 96)
Keempat, nama Allah SWT harus disebut semasa penyembelihan.
Firman Allah:
“Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa)”
(Surah al-An’am: 121)
Kelima, tidak boleh menyebut nama lain selain Allah SWT.
Keenam, penyembelih haruslah mempercepatkan kematian binatang korban dengan memutuskan halkum dan urat marih.
Ketujuh, pastikan alat yang digunakan tajam untuk menyembelih binatang tanpa menyeksanya.
Syarat-Syarat Haiwan Sembelihan
- Syarat Umur Binatang Untuk Dijadikan Korban Secara Sah
Binatang-binatang yang dikorbankan mempunyai syarat umur yang berbeza bergantung pada jenis binatang tersebut.
Untuk unta, ia harus berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.
Bagi lembu, kerbau dan kambing, umur bagi binatang-binatang ini perlulah sekurang-kurangnya 2 tahun masuk ke 3 tahun.
Biri-biri atau kibas pula, setahun masuk kedua atau gigi hadapan sudah tumbuh walaupun belum cukup umur tetapi melebihi 6 bulan.
- Binatang Yang TAK BOLEH Dijadikan Ibadah Qurban
Binatang yang mempunyai kecacatan seperti:
- Tidak bertelinga atau terpotong telinga walau sedikit
- Ekor dan lidahnya terpotong
- Binatang yang kurus dan kurang dagingnya
- Berkudis kerana dagingnya mungkin rosak
- Buta mata
- tempang
- Bunting
Binatang yang SAH disembelih sekiranya kecacatan itu seperti;
- Tidak bertanduk
- Patah tanduk
- Terbelah telinga
- Berlubang telinga tapi tak hilang daging
- Dilahirkan tidak berekor
- Tertanggal sebahagian giginya
- Tidak mempunyai zakar
- Binatang yang dikebiri
Adakah Haiwan Tersebut Halal Dimakan?
Rasa belas kasihan terhadap haiwan yang disembelih tidak mempengaruhi halal dan haram sekiranya mempunyai syarat sembelihan yang sah.
Memang fitrah manusia mempunyai sifat belas kasihan. Disebabkan itu, sembelihan harus dilakukan tanpa menyeksa binatang korban.
Nabi Muhammad SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abi Ya’la bin A’us RA, baginda bersabda:
“Apabila kamu membunuh maka bunuhlah dengan baik, dan apabila kamu menyembelih maka sembelihlah dengan baik.”
Hadis Riwayat Muslim (1955)
Melalui artikel ini, kami berharap persoalan anda mengenai hukum mengasihani haiwan korban telah dijawab.
Hari Raya Korban dah semakin dekat. Sudahkan anda mendaftar untuk ibadah korban?
Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.
Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.
Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.
Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui Whatsapp atau faks.
Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan.
Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.
Manakala seekor kambing pula ialah RM580. Syarikat mereka juga diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.
Beliau ialah Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak.
Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah korban tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja & Pengerusi Program.
Pembayaran Ibadah Korban Secara Online
Anda boleh melakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut.
Step 1: Pergi ke Borang Korban
Step 2: Klik butang ‘Teruskan’
Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350/ 1 ekor kambing: RM580)
Step 4: Klik butang ‘Teruskan’
Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai
Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,
Medan Makmur Off Jalan Usahawan,
53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4143 4343
Faks: 03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com
Whatsapp: 011-2384 8480