Hukum Ziarah Kubur Pada Hari Raya

Hukum Ziarah Kubur Pada Pagi Hari Raya Pertama

  • Info

Sebagai umat Islam, terdapat banyak perkara yang perlu diketahui supaya kita mengikuti perintah Allah SWT. Salah satu perkara adalah mengetahui hukum ziarah kubur pada hari raya.

Amalan ini selalu dilakukan oleh umat Islam terutamanya di Malaysia. Walaubagaimanapun, masih banyak pendapat tentang amalan ini dan jika ia boleh dilakukan.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang amalan ini dan hukum ziarah kubur pada hari raya di sisi Islam.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Salah Faham Mengenai Amalan Ini

Hukum ziarah kubur pada hari raya

Satu perkara yang selalu disalah faham oleh rakyat Malaysia adalah bahawa amalan ini merupakan seruan agama dan dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Hakikatnya adalah tidak ada dalil atau hadis yang menyatakan bahawa Baginda melakukan amalan ini pada pagi hari raya.

Amalan ini telah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu dan tidak merupakan salah satu sunnah Nabi atau seruan agama. 

Ini perkara yang perlu diingat supaya tiada salah faham tentang perkara ini.

Hukum Ziarah Kubur Pada Hari Raya

Hukum ziarah kubur pada hari raya

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda hukum ziarah kubur pada hari raya.

Di sisi Islam, amalan ziarah kubur sangat dituntut dan merupakan perkara sunat. Ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:    

 كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

Maksudnya: 

“Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah.”

Amalan ziarah kubur dilakukan untuk mengingati kematian dan juga dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila Baginda menziarahi kubur ibunya.

Apabila Baginda menziarahi kubur tersebut, Baginda bersabda:

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya:

“Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian”.

Namun bagi hukum ziarah kubur pada hari raya, tidak ada satu hukum yang kuat tentang amalan ini kerana terdapat pelbagai pendapat tentang perkara ini.

Ada ulama’ yang menyatakan bahawa ia adalah makruh kerana merupakan perkara bidaah kerana tiada nas atau dalil yang menunjukkan Rasullulah SAW melakukan perkara ini.

Tetapi jika kita mengikut pendapat Mufti Malaysia, hukumnya adalah harus kerana tiada perintah larangan tentang amalan ini di sisi Islam.

Tambahan pula, seruan menziarah kubur bersifat umum dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. 

Oleh itu, anda boleh melakukan amalan ini jika anda mahu asalkan anda mengikuti perintah dan SOP yang dikeluarkan dan dibenarkan Majlis Keselamatan Negara pada waktu ini.

Kesimpulannya, hukum ziarah kubur pada hari raya adalah harus pada pendapat ulama’ di Malaysia dan boleh dilakukan.

Hukum ziarah kubur pada hari raya

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilak ukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search