Solat Sunat Dhuha: Info Ringkas, Tatacara dan Fadhilat
Amalan solat sunat Dhuha bukan lagi perkara asing dalam kalangan masyarakat Muslim. Ia merupakan amalan yang amat dituntut di dalam agama Islam.
Terdapat juga golongan Muslim yang tidak pernah melakukan solat sunat ini. Ada juga yang jarang melakukannya sehingga menyebabkan mereka terlupa kaedah solat sunat ini yang sebetulnya.
Jadi, di dalam artikel ini, kami akan berkongsi bersama anda beberapa info penting mengenai solat sunat Dhuha. Antaranya adalah maksud Dhuha, waktu, dan juga aturan melakukannya.
Jom baca artikel ini sehingga habis agar anda mengetahui serba-sedikit mengenai solat Dhuha.
Melalui artikel ini, anda akan dapat mengetahui lebih lanjut tentang Solat Dhuha itu sendiri, kelebihan dan tatacara mengerjakan solat ini dengan betul.
Artikel Berkait
Mohon Petunjuk Dengan Solat Sunat Istikharah (Panduan Lengkap Melaksanakannya)
Maklumat Ringkas Mengenai Solat Sunat Dhuha
Berikut merupakan info-info penting mengenai solat sunat Dhuha:
Maksud “Dhuha”
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu pagi, di antara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor.
Sebenarnya, solat sunat Dhuha ini amat bersesuaian dengan namanya. Hal ini kerana perkataan al-Dhuha (الضحى) adalah berasal daripada bahasa Arab.
Ia membawa maksud “waktu pagi” atau “sinar pagi”. Justeru, pelaksanaan solat sunat ini juga dilakukan pada waktu pagi, iaitu diantara waktu Subuh dan Zohor.
Bilakah Bermulanya Solat Dhuha?
Anda pasti tertanya-tanya, apakah waktu terbaik bagi menunaikan solat sunat ini?
Solat sunat ini boleh ditunaikan sekitar 20-30 minit selepas terbitnya matahari. Atau lebih mudahnya adalah apabila jam sudah menunjukkan 8:30 pagi sehingga 2:30 tengah hari.
Waktu solat Dhuha ini akan tamat setelah tibanya waktu fardhu Zohor.
Bilangan Rakaat
Tahukah anda sebernarnya solat sunat Dhuha ini boleh ditunaikan sebanyak dua, empat, enam dan lapan rakaat?
Sekiranya anda ingin melaksanakan solat sunat ini melebihi dua rakaat, anda perlu mengakhirinya dengan satu salam setiap dua rakaat.
Artikel Berkait
Ketahui Syarat-Syarat Solat Sunat Taubat Dan Cara Lengkap Melaksanakannya
Dalil Mendirikan Solat Dhuha
Terdapat banyak dalil berkaitan solat sunat ini. Antaranya, Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk kerap melakukan solat sunat dhuha.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata,
Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.” — Hadis Riwayat Bukhari
Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” — Sahih Al-Targhib: 673
Tatacara Solat Sunat Dhuha
Perkara utama yang anda perlu tahu apabila menunaikan solat sunat dhuha ialah lafaz niat.
Lafaz niat bagi solat ini adalah seperti berikut:
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.
Setelah itu, anda perlu mengetahui tatacara dalam mendirikan solat sunat Dhuha. Seperti yang dinyatakan, solat ini didirikan sebanyak 2 rakaat.
Disebabkan itu, kami sertakan tatacara bagi kedua-dua rakaat di bawah:
1. Rakaat Pertama
- Takbiratul Ihram (baca niat dalam hati semasa mengangkat takbir Allahu Akbar)
- Bacaan doa iftitah.
- Bacaan surah Al Fatihah.
- Bacaan surah. (Boleh baca apa-apa surah yang kita tahu. Namun para ulama menggalakkan membaca surah As-Syams atau Al-Kafirun)
- Rukuk dan iktidal
- Sujud, duduk di antara dua sujud, sujud kali kedua sehingga selesai rakaat pertama.
2. Rakaat Kedua:
- Takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
- Membaca Al fatihah dan surah Ad dhuha. (namun, boleh membaca surah lain ini jika tidak menghafalnya.
- Rukuk dan iktidal
- Sujud, duduk di antara dua sujud, sujud kali kedua
- Duduk tahiyyat akhir
- Beri salam.
- Membaca doa Solat Sunat Dhuha.
Setelah anda selesai menunaikan solat sunat ini, anda perlu membaca doa selepas Solat Sunat Dhuha.
Artikel Berkait
Solat Sunat Witir: Amalan Yang Anda Wajar Lakukan Setiap Malam
Fadhilat Mendirikan Solat Dhuha
“Mengapakah solat sunat Dhuha ini amat dituntut di dalam Islam?”
Pasti itu merupakan antara soalan yang sering bermain di fikiran anda. Oleh itu, kami turut kongsikan di dalam artikel ini mengenai fadhilat apabila mendirikan solat Dhuha:
- Meneruskan wasiat dan sunnah rasulullah.
- Dipermudah dan dimurahkan rezeki.
- Mendekatkan diri kepada sang pencipta.
- Diampunkan dosa.
- Dibangunkan sebuah rumah di syurga.
- Melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita.
Point yang terakhir adalah bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu:
Daripada Abi Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ، فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ، وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ، وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى
Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.” [Riwayat Muslim (720)]
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, solat sunat Dhuha ini merupakan amalan yang amat dituntut di dalam Islam. Pelaksanaannya juga amat mudah dan boleh dilakukan pada waktu pagi.
Ia boleh dijadikan sebagai “senaman pagi” terutama sekali buat mereka yang sudah bekerja dari rumah.
Secara tidak langsung, mendirikan solat ini dapat menyegarkan minda sebelum anda membuat kerja-kerja pejabat.
Disebabkan itu, kita bukan sahaja perlu mempelajari tatacara mendirikan solat sunat Dhuha.
Malah, kita perlu mempraktikannya dalam amalan harian agar kita mendapat rahmat daripada-Nya.
Dalam pada itu, jika anda mencari syarikat yang boleh membantu anda untuk melakukan aqiqah untuk anak anda, anda boleh mencuba Al Ameen Holdings Sdn Bhd.
Anda boleh lakukan pembayaran ibadah aqiqah dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:
Step 1: Pergi ke e-Ibadah Aqiqah di laman utama
Step 2: Klik butang ‘Teruskan’
Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM375 / 1 ekor kambing: RM595)
Step 4: Klik butang ‘Teruskan’
Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai
Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,
Medan Makmur Off Jalan Usahawan,
53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4143 4343
Faks: 03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com
Whatsapp: 011-2384 8480