Tips Untuk Murah Rezeki

Tips Murah Rezeki Yang Mudah Sangat Untuk Diamalkan

Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk menambah baik kehidupan. Salah satu caranya adalah dengan mengenali tentang tips murah rezeki yang boleh diikuti.

Di dalam artikel ini, kami akan menceritakan kepada anda beberapa tips murah rezeki yang anda perlu tahu serta mengapa anda perlu sentiasa bersyukur dalam kehidupan.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Artikel Berkait

8 Makanan Sunnah Yang Anda Boleh Amalkan

Sentiasa Bersyukur Dengan Kelebihan Dan Kekurangan

tips untuk murah rezeki

Sebagai umat Islam, kita diajar untuk sentiasa bersyukur dengan setiap yang berlaku dalam hidup kita sama ada ia merupakan kelebihan atau kekurangan.

Walaubagaimanapun, ia adalah sifat yang susah untuk dimiliki dan ini boleh dilihat di mana Allah SWT berfirman:

“Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-Ku yang bersyukur.”

As-Saba’ : 13

Sebenarnya, sifat bersyukur ini membolehkan kita untuk hidup dengan sangat tenang kerana kita tidak akan berputus asa dalam menghadapi dugaan.

Kita juga diajar untuk bersyukur kerana Allah telah menjanjikan pahala kepada mereka yang mengamalkan sifat bersyukur ini. Ini boleh dilihat di mana Allah SWT berfirman:

“Dan (sebaliknya) Allah memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (dengan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya).”

Ali-Imran: 144

Oleh itu, anda boleh mendidik diri sendiri dan juga orang sekeliling tentang kepentingan sifat bersyukur dalam kehidupan masing-masing.

Tips Murah Rezeki

Di bahagian ini, kami akan menceritakan kepada anda beberapa tips murah rezeki yang anda boleh ikuti!

1. Solat Sunat Dhuha

Ini merupakan cara yang sangat bagus kerana ia memberikan limpahan rezeki kepada anda.

Ia adalah solat sunat yang selalu diamalkan oleh ahli perniagaan dalam kalangan orang-orang Islam. Hal ini kerana ia boleh dikatakan solat sunat Dhuha merupakan salah satu kunci dalam menerima rezeki yang berlimpah-ruah. 

Artikel Berkait

Panduan Lengkap Solat Tahajjud Untuk Anda Laksanakan Di Rumah

2. Amalan Sedekah

Mengamalkan amalan sedekah juga merupakan satu cara yang bagus untuk membuka pintu rezeki.

Anda hanya perlu menyumbangkan nilai yang semampunya kerana cara ini baik untuk mengajar kita supaya selalu bersyukur. 

Untuk itu, anda perlukan update terkini daripada media sosial dan juga pengumuman berita. 

3. Sentiasa berdoa

banyakkan berdoa supaya dimurahkkan rezeki

Anda juga disarankan untuk sentiasa berdoa sebelum dan juga selepas anda melakukan apa-apa aktiviti. Perbuatan ini adalah untuk melindungi anda daripada apa-apa masalah.

Untuk itu, anda tidak semestinya perlu membaca doa yang panjang atau berbahasa Arab. Apa yang penting adalah doa yang anda pinta itu seiringan bersama usaha yang setimpal. 

Artikel Berkait

5 Contoh Doa Selepas Solat Yang Anda Boleh Amalkan

4. Jaga Ibu Bapa

Bagi mereka yang sudah bekerja, anda perlu jaga ibu bapa dengan baik dan sentiasa mendoakan kebaikan mereka.

Salah satu sebabnya adalah ibu bapa merupakan penjaga kita sejak kecil lagi. Oleh itu, anda perlu melayan mereka dengan baik supaya pintu rezeki anda bertambah luas. 

Ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”

Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami

5. Jangan Tinggal Perkara Wajib

Ini adalah cara yang paling mudah namun ramai pada masa kini mengabaikan amalan seperti solat 5 waktu yang diwajibkan ke atas semua umat Islam.

Kejadian ini amat menyedihkan kerana solat 5 waktu merupakan tuntutan wajib daripada Allah kepada umat Islam. Sekiranya umat Islam mengabaikan solat 5 waktu, mereka akan: 

  1. Berada dalam kesempitan rezeki 
  2. Individu tersebut sentiasa berasa gelisah dan tidak tenang

6. Merapatkan Silaturrahim

jalinkan silaturrahim dapat menambah rezeki

Anda juga dinasihatkan untuk merapatkan hubungan dengan manusia lain kerana perkara ini amat dituntut di dalam agama Islam. 

Ini kerana anda boleh membantu sesama sendiri dan boleh menambah baik rezeki masing-masing. Kepentingan silaturrahim boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.”

Riwayat al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557)

7. Membantu Orang Yang Memerlukan

Selain dari sedekah, anda juga boleh membantu mereka yang memerlukan dari segi tenaga. Anda boleh menyertai NGO atau boleh melakukan perkara ini dengan sendiri.

Kebaikan ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” 

Riwayat Bukhari

8. Meninggalkan Perkara Dilarang

Ini juga merupakan antara tips yang paling senang untuk diikuti untuk anda murah rezeki. Anda perlu mencuba untuk sentiasa menghindari diri daripada perkara yang boleh membawa dosa.

Anda boleh lihat kepentingan di hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” 

Hadis Riwayat Ibn Majah dan Ahmad Hadis Hasan

Kesimpulannya, terdapat banyak perkara yang anda boleh melakukan supaya hidup anda sentiasa murah rezeki.

Jika anda mencari syarikat yang boleh membantu anda untuk melakukan aqiqah untuk anak anda, anda boleh mencuba Al Ameen Holdings Sdn Bhd.

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah aqiqah dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:

Step 1: Pergi ke e-Ibadah Aqiqah di laman utama

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’ 

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM375 / 1 ekor kambing: RM595)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai 

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search